going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

HAPPY BIRTHDAY Sayang

hee sori comel haha!

Dear you,
Selamat hari lahir...
terima kasih sebab hadir dalam hidup saya..
terime kasih sebab banyak bersabar dan mengalah dengan kerenah saya..
terime kasih datang jauh2 jumpe saya...
sangat2 menghargai awak...
you complete my half side:)
i'm a stubborn person..
i know my ego sometimes is high than yours..
but i'm very glad because you still understand me..
i know sometimes you are busy but i'm sorry for making you stress...
kadang-kadang saya fikir...sian kat awak kan?haha 
i'd tried to control it bbut everytime it seems to be failed!
biasalah perempuan hee awak kene faham la kan?
walaupun kadang2 saya kate awak xromantik...
tapi awak paling saya sayang<3
awak paling sweet dihati saya...
saya sayang awak sangat...
bile kite gaduh..sedih tu ade...
tapi bile majuk...saya mesti ok ble dengar suare awak
haha serious ni saya tak tipu :p eventhough saya wat suare garang
tp saya tengah senyum sebenarnye hihi
tapi if mesej..dye macam lambat sikit nak ok :p sorry sayang ..
ape-ape pun saya doa agar hubungan kite kekal hingga akhirnya...
moge awaklah takdir saya..penjaga saya kelak...amin..
Semoge lebih matang dan rajin2 belajar untuk future ok dear?

THANKS FOR EVERYTHING...i promise to be with you untill the end of time :) Hanya kamu dihati...
p/s: susah taw nak post2 camni haha

Saturday, June 18, 2011

Kemeriahan 23rd Architectural Workshop 2011@UTM Skudai

UTM, 12 Jun 2011-17Jun 2011
Indie band: statik

It was a memorable event.....tamatlah sudah 23rd Architectural workshop yg berlangsung di Skudai,Johor. Banyak pengalaman baru yang dapat kita kumpul dari sini including making some new friends.



Souvenirs from other institutions

kalo korang nak tahu macam mana rupa event plaja2 architecture ni bole klik di sini haa klik cepat klik cepat huhu  memang rugilah bagi sesiapa dak archi yg tak pena join...it's not just a part of learning but a part of leisure
      

 Secara kesimpulannya aktiviti ini adalah event besar-besar2an setahun sekali di Ipt terpilih yg ditentukan Persatuan Arkitek Malaysia(PAM) .Next year pula di UPM, Serdang,Selangor...can't wait...

Installation by UKM..AWESOME! :D
Gamba kenangan dengan group 7

Banyak lagi gamaba tapi seriously, tak larat la eden nak mengupload haha jadi laa ni kan?
and yet sempat gak la 'jumpe' dye haha da 1 grup..tu yg best sket ngehehe


tag UTM: haha kami da lame kenal ok >.<

there's a lot of things i would like to share with you guys...tapi tak tahu macam mana nak cite...yang ni je dapat dikongsi bersama. Tanpa workshop ni..den tak mungkin kenal senior-senior haha and hey, my new wish list is >>>> having an Angora Rabbit as a Pet! They're so cute wuuuu nak sekor!!!! (Tibe-tibe je) ..till then..chiow...sayang korang sume


Monday, December 20, 2010

Something about love :)

Dear brain, sorry for overloading u with thoughts of him.Dear tummy, sorry for all the butterflies.Dear pillow, sorry for all the tears.Dear heart, sorry for all the damage.


We are all a little weird and life's a little weird, and when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it LOVE.




You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.


Love is only a simple word but its far more complicated than imagined


Love is just a word, until you find someone to give a definition


Love: an amnesia in which you forget that there are 1.2 billion other people in the world.


The first love is always the sweetest, but the first cut is always the deepest.


I love three things ! the sun , the moon and you ! the sun for the day , the moon for the night and you forever


I want to remember the exact moment I fell in love with you ♥

Tuesday, November 16, 2010

“ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”

ok cik vio try masuk pertandingan dari blog suarapeople dan Gempak
http://adestylelaa.blogspot.com
presenting..:

kisah KASIH dan SAYANG

Di suatu hari,
KASIH bertemu dan mengenali SAYANG

sejak pertemuan pertama hati KASIH terpaut kepada SAYANG...


Seluruh jiwa raganya, KASIH serahkan kepada SAYANG
Disaat SAYANG menerima KASIH...
KASIH menjerit kegembiraan..!
Terasa begitu indahnya dunia milik berdua. 


KASIH dan SAYANG disatukan dengan lafaz pernikahan yang mulia.
keduanya memulakan kehidupan baru.
Makin hari..KASIH berasa bosan dengan sikap SAYANG
Dan..mereka bergaduh pada suatu hari....
Lantas, SAYANG berkata 'ceraikan saya!'
'Aku ceraikan kau,SAYANG!'
Dengan hati yang luka,
SAYANG membawa diri jauh dari KASIH




Pada mulanya KASIH hidup dengan gembira..
terasa bebas dari bebelan SAYANG
rajuk SAYANG...
tangisan SAYANG...
untuk seketika KASIH berasa tenang..
malangnya, ketenangan yang disangka milik selamanya
 cuma mampu bertahan selama dua hari..

KASIH mula merasa sunyi dan susah hati,
dia nekad ingin mencari SAYANG kembali....
berhari-hari  KASIH mencari namun pencariannya hanya sia-sia..


Masa terus berlalu..
suatu hari KASIH mendapat berita SAYANG telah berkahwin...
Betapa menyesalnya KASIH kerana melepaskan SAYANG..
Namun, penyesalan tiada gunanya lagi...
SAYANG telah menjadi milik insan lain.

p/s: hargailah org yg mencintai kita, kerana hilangnya dia. Mungkin sukar bagimu mendapatkannya kembali wat selama-lamanya.

Saturday, November 13, 2010

Surat seorang ex-bf yang kecewa....

source: facebook haha

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu..

Saturday, November 6, 2010

Dialah permata yang dicari..

Warning!
maybe anda rase bosan entri kali ni..tapi tak kesah laa haha
ni entri cik vio..so up to me la kan2? hee xD
hmm ni nak exam da haih...very busy lately..lame xupdate blog huuu
nnt da abes exam..cik vio try cari info baru k? papai mmuaxx...

the one who have stolen my heart ;p

Hadirnya tanpa kusedari


Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Monday, October 11, 2010

Bila kita sayang...

Entri kali ni rasenyer amat sesuai untuk sape-sape yang tengah frust tu hee xp
p/s: i'm okay ...huhu bahagie;)

Bila kita mula menyayangi seseorang
Kita sentiasa mahukan dia bahagia
Kalau boleh setiap saat bersamanya!
Bila kita sayang orang tu,
tunggu lama pun tak mengapa
Tapi bila dia tunggu kita lama,
dia marah-marah pulak..
Hati kata: adatlah orang marah bila menunggu..

Bila kita sayang orang tu,
Kita tak tidur pun tak mengapa 
layan dia tengah bosan,
tapi bila kita bosan,
ada dia layan kita??
Hati kata: Mungkin dia busy kot!

Bila kita sayang orang tu,
Kita bercerita dengan orang tu
macam bercerita dengan tunggul,
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar sepatah-sepatah, kena ingat,
Kalau tak ingat kita yang kena marah
Hati kata: Tak mengapa..sayanglah katakan..

Bila kita gaduh dengan dia,
kita diam je..
Tapi dia heboh 1 dunia,
Hati kata: Tak mengapa dia tension tu...


Bila kita sayang kat orang tu,
Kita call nak cakap dengan dia,
tapi dia bagi phone kat kawan dia or matikan..
Hati kata: Layan je lah..kawan dia, kawan kita jugak!


Bila kita sayang orang tu,
waktu kita dan dia lapar,
kita bagi semua roti yang kita ada..
Hati kata: Ala, jagalah hati dia. Kesian dia.

Bila kita sayang dia,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
tapi bila kita letih dia suruh kita layan dia jugak
Adilkah??
Hati kata: Ala, bukan selalu pun..

Bila kita sayang dia,
kita macam nak gila bila dengar dia sakit,
tapi dia bila dengar kita sakit siap keluar dengan kawan-kawan dia,
Hati kata; Takkan dia nak kepit dengan kita 24 jam kan?

Bila kita sayang dia,
Kita tak pernah pentingkan diri kita,
tapi dia HIPOKRIT!
Hati kata: Tak apa dia memang macam tu, kenalah terima

Bila kita sayang dia,
Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya,
tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
walaupun sakit, dia kata sakit biasa-biasa je jangan nak mangarut!
Hati kata: Macam manalah dia bila kita tak ada nanti?Mesti happy..

Bila kita sayang dia,
kita tak sanggup tengok dia derita,
tapi dia tak pernah hargai kita
Hati kata: tau tak betapa pentingnya dia?

Bila kita sayang orang tu,
kita sanggup tinggalkan dia 
untuk lihat dia bahagia,
tapi adakah dia sedar pengorbanan kita?
Hati kata: Tak apa asal dia bahagia


Bila kita dah tak ada,
dia lawat pusara kita
dia kata, dia MINTA MAAF sebab pernah MENGATA KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah BUAT KITA TERNANTI-NANTI
dia MINTA MAAF sebab pernah PAKSA KITA LAYAN TIME DIA BOSAN..
dia MINTA MAAF sebab pernah HEBOH 1DUNIA SALAH KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah TAK HIRAU CALL KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah TAK DENGAR LUAHAN HATI KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah BIARKAN KITA LAPAR
dia MINTA MAAF sebab pernah MENGANGGU REHAT KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah TAK HIRAU SAKIT KITA
dia MINTA MAAF sebab pernah PENTINGKAN DIRI
dia MINTA MAAF sebab TAK pernah TENGOK PENDERITAAN KITA

NAMUN..SEGALANYA SUDAH TERLEWAT, HARGAILAH ORANG YANG SAYANGI KITA!

P/S: saya sayang fiance saya...awk, sorry kalo2 ade antare yg di atas ni ha wat awak sedih dengan saya

Thursday, October 7, 2010

Realiti Sebuah Kehidupan

Di tahun pertama perkahwinan,
Suami berleter dan isteri mendengar...

MySpaceMySpace


Tahun kedua perkahwinan,
Isteri berleter dan suami mendengar..

MySpaceMySpace

Masuk tahun ketiga perkahwinan,
Suami dan isteri same2 bising...

MySpace


dan jiran2 mendengar..
MySpace

Dalam kehidupan kte ni, Tuhan bagi 1 peluang utk kte brjumpa dengan org yg betul2 syg dri kte, jika leka, kte akn kehilangannya wat selamanya, tp kte x tau siapa dye, kalau kte sendiri x pernah sedar, & x pernah mencuba utk menilai kehadiranya, mungkin setelah segalanya berlalu & kte dah kehilanganya, mase tu baru la kte sedar kehadirannya cukup bermakna, tp mungkin kte tak berpeluang lg utk miliki dirinya pada saat itu, jadi fahamilah hati seseorang tu dengan sedalamnya dan curahkan rase kasih sayang seikhlas hati.....




Saturday, June 26, 2010

osT -Bila Cinta by Gio

ok aritu saya dapat gak tgk cte LBS huhu
bes lak layan lagu dye..jum layan hehe

Bila Cinta kini,
tak lagi bermakna,
yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih 
cinta yang fana~

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam
harapan~

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
 Hingga ku memilih 
cinta yang fana~

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam
harapan~

Ku sebut nama mu
di setiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yang ku dapat hanya
bayangmu~

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
 Hingga ku memilih 
cinta yang fana~

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam
harapan~
ohhhh
dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
 Hingga ku memilih 
cinta yang fana~

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam
harapan~

 dalam harapan~
huuuu~
huuuu~



Sunday, May 16, 2010

Perkahwinan?

      Perkahwinan? saya masih muda untuk itu? Namun saya tidak menafikan bahawa ada juga rakan seusia saya yang telah mendirikan masjid mereka. Alhamdulillah..semoga kekal hingga ke syurga. Amin.
Baiklah kali ini ingin saya berkongsi sedikit maklumat mengenai soal jawab perkahwinan. Sumber diperolehi dalam salah sebuah majalah anis.
Sama-samalah kita upgradekan diri kita.(cewaahhhh....). Walau ilmu tak seberapa tapi bagi saya kita perlu belajar ilmu rumah tangga dari sekarang agar kelak tidak mengecewakan pasangan kita. buka dan download e-book ini MARS





20 Soal  Jawab Alam Rumah Tangga

1) Q: Sudah buat istikharah sebelum kahwin, kenapa masih hadapi masalah dengan pasangan?
A: Dalam soal mencari jodoh, kita cuba memilih yang terbaik, buat istikharah dan kemudian serah kepada Allah. Tetapi jika masih timbul masalah, kita harus bersangka baik dengan Allah bahawa itu, adalah ujian dariNya. Yakinlah melalui ujian itu, Allah mahu beri kebaikan kepada kita. DAN YAKINLAH, PASANGAN KITA ADALAH YANG TERBAIK BUAT KITA.

2) Q: Berapa lama pasangan yang baru kahwin dapat merasai suasana bulan madu?
A: Ada yang mengatakan TIGA BULAN tempoh segala-galanya kelihatan indah. Selepas tempoh itu, sedikit demi sedikit akan nampak kelemahan dan kekurangan pasangan. Tapi bukan bermakna hilangnya kemanisan alam perkahwinan, cuma MEMERLUKAN SIFAT BERLAPANG DADA DAN MENERIMA PASANGAN SEADANYA AGAR TERUS DIRASAI MANISNYA HIDUP BERSAMA walaupun tempoh bulan madu telah lama berlalu.[kebanyakan drama plak slalu menampakkan
mencecah 5 tahun usia perkahwinan. pasangan tu bakal dilanda ujian. yeker??)

3) Q : Kenapa cinta semata-mata gagal mengikat perkahwinan?
A : Sebelum berkahwin memang segala-galanya indah. Apapun cabaran sanggup diharungi ketika cinta sedang meluap-luap. Tapi cinta yang katanya suci boleh bertukar 
rupa setelah menempuh pancaroba alam rumah tangga.KERANA CINTA ITU KINI TELAH DIIKAT OLEH TANGGUNGJAWAB (AMANAH) YANG PERLU DITANGANI DENGAN MAHABBAH (KASIH SAYANG) DAN RAHMAH (BELAS KASIHAN). Jika tiada ikatan tanggungjawab, tiada kasih sayang dan tiada belas kasihan, cinta boleh menjadi hambar dan akhirnya layu di tasik madu bila keburukan dan kekurangan pasangan terserlah.

4) Q : Bagaimana cinta boleh berputik dan subur mewangi tanpa berkenalan sebelum kahwin?
A : Kata pakar mtivasi Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, CINTA ITU ADALAH SATU MAKHLUK halus. Seperti juga pokok,ia boleh dipupuk dan dibajai supaya bercambah hingga menghasilkan buah." Cinta juga satu proses di mana mendalamnya rasa cinta itu boleh ditingkatkan dari masa ke masa. Ertinya tidak mustahil “pohon cinta” yang hanya ditanam setelah kahwin boleh hidup subur dan menghasilkan buah yang masak ranum. Dan tidak mustahil cinta yang semakin matang dan mendalam selepas pertengahan usia. Kan buktinya sudah banyak!

5) Q: Bagaimana mendapatkan pasangan yang sempurna?
A: JANGAN MIMPI UNTUK BERTEMU PASANGAN YANG SEMPURNA SEGALA-GALANYA. (nobody's perfect bak kata Hannah montana)Apa yang kita temui adalah pasangan yang mempunyai banyak atau sedikit ciri-ciri kesempurnaan pada dirinya. Kesediaan kita untuk menerima kekurangannya dan menghargai ciri-ciri kesempurnaannya itu akan menjadikan dia seorang yang ‘sempurna’. “Sifat redha dan syukur kitalah yang akan menyempurnakan pasangan kita,” kata Dato’ Dr Mashitah Ibrahim. 

6) Q: Berapa lama diperlukan untuk benar-benar mengenali pasangan?
A: Tiada tempoh tertentu, TAPI yang pasti bukan setahun dua. Lebih-lebih lagi, bukan dalam tempoh perkenalan sebelum kahwin. Kita akan mengenali pasangan SECARA BERANSUR-ANSUR sepanjang meniti usia perkahwinan. Ramai pasangan yang mengakui hanya betul2 kenal kenal pasangannya setelah menempuh suka duka bersama selama BELASAN ATAU BERPULUH TAHUN.

7) Q : Cukupkah belajar fardhu ain masa dekat hendak kahwin?
A : Bakal suami kalau masa hendak kahwin baru sibuk belajar fardhu ain, mana sempat nak DIDIK ISTERI sebab ilmu yang diperolehi belum sebati diamalkan. Masih dalam peringkat mencuba-cuba dan belum betul-betul serasi dengan diri. Apabila berlaku krisis rumah tangga, tak mahu dekat dengan pada Allah, tidak solat dan saling menyalahkan. Apabila menyedari diri serba kekurangan, seriuslah menghayati amalan agama dan banyakkan bertanya serta berincang dengan orang yang berpengalaman kerana menjalani kehidupan berumah tangga tidak boleh main guna teori dan logik akal. Ilmu fardhu ain yang dipraktikkan secara konsisten akan memberi kesan baik pada hati dan peribadi. 
haa..kepada bakal suami dan bapa jangan nanti 
asik nak menyalahkan bakal ibu mengandung je pulak..didik isteri tu)

Q: Kenapa selalu salahkan pasangan?
A: APABILA KITA HANYA NAMPAK KEBURUKAN PASANGAN, PETANDANYA KITA BELUM BENAR-BENAR KENAL DIRI.Seorang pakar motivasi berkata, pasangan kita adalah cermin diri kita. Bagaimana hendak kenal diri? Jalannys, keluarlah sebentar dari diri dan lihat diri ‘dari luar’. Bayangkan kita orang lain, lalu cuba lihat diri dari ‘kaca mata’ orang itu. Kita akan nampak kekurangan yang selama ini kita hanya nampak pada pasangan.”Selama diri masih di dalam diri, manusia tidak akan dapat mengenal dirinya,”kata Hamka.  
(beselah adat bergaduh tapi kenala salah sorang mengalah ye tak? peringatan buat diriku jugak)

9) Q: Kenapa susah untuk mengaku salah kepada pasangan?
A : Sebab mengaku salah perlu diiringi dengan meminta maaf. Tetapi baik suami atau isteri, susah untuk mengucapkan “Saya minta maaf” selagi masing-masing pertahankan ego.
 okay..penting ni..kene ingat!

10) Q: Di mana letaknya kecantikan isteri di mata suami?
A: SUAMI MELIHAT CANTIKNYA ISTERI PADA SIFAT TAAT, HORMAT DAN RELA BERKHIDMAT. ‘Kecantikan’ ini lebih membahagiakan suami dari kecantikan rupa. Daya tarikan sifat merendah diri, sabar, redha, berlapang dada dan akhlak-akhlak terpuji lain juga lebih kuat daridaya tarikan yang ada pada kecantikan wajah. Sebab itu ramai isteri yang boleh menjadi ratu di hati suami walaupun mempunyai rupa paras yang biasa-biasa saja.

11) Q: Bagaimana membuat pasangan tertarik kepada diri kita?
Baik suami atau isteri, daya tarikan bukan sekadar pada rupa dan penampilan tapi pada cara dan nada bercakap, sikap di depan pasangan, pandangan mata dan sifat-sifat lahir lain yang sebenarnya cerminan hati. “Daya tarikan pada diri kita berpusat pada hati. Maka untuk menjadikan diri kita ada daya penarik, cucilah hati,” kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Jadi, UNTUK MENJADIKAN DIRI KITA ADA DAYA TARIKAN, HATI MESTI DIBERSIHKAN DARI RASA BENCI, MUDAH MARAH, EGO DAN SIFAT-SIFAT KEJI LAIN. “Orang yang masih ada benci di hatinya mungkin akan menarik rasa benci orang lain terhadapnya,”ujarnya.

12) Q: Bagaimana membuatkan pasangan menghargai kita?
A: Mula-mula kita harus SYUKURI, SAYANGI DAN HARGAI DIRI SENDIRI, barulah boleh terbuka hati pasangan kita untuk menyayangi dan menghargai kita. Syukuri benar-benar setiap kurniaan Allah pada kita termasuk segala kelebihan dan keunikan yang kita ada kerana setiap orang adalah unik, terpulang kepada diri kira untuk menghargai keunikan itu. Kemudian kita perlu hargai pasangan supaya dia pun mudah nak menghargai kita. Soalan: Bila kali terakhir anda membisikkan ucapan “terima kasih” ke telinga pasangan? Dan bila kali terakhir anda berikan hadiah kepada pasangan?
(bagi yang da kahwin..ni penting ni..aku yang bujang ni pulak..ingat2 lah nanti cuba amalkan )

13) Q: Perlukah lagi berlawa depan pasangan bila usia sudah meningkat?
A: PERLU. Ada suami tak suka tengok isterinya tak lawa macam mula-mula kahwin. Maklumlah, saiz badan sudah montel apabila kerap bersalin. Tapi isteri mana yang tak suka lawa sepanjang masa, cuma kadang-kadang tak berkesempatan hendak melayan diri ke spa. Maklumlah duit banyak perlu dibelanjakan kepada urusan keluarga. BAGI SUAMI YANG SAYANG ISTERI, TAK SALAH BUATKAN TABUNGAN KEWANGAN UNTUK PERAWATAN BADAN ISTERI agar tampil anggun. Hati isteri pasti gembira san sudah tentu layanan terhadap penghargaan suami akan berlipat ganda. Bagi suami, walaupun isteri jarang mengomel kalau suaminya “boroi”, tapi hargailah dia. “AKU SUKA BERDANDAN UNTUK ISTERIKU SEPERTI AKU SUKA DIA BERDANDAN UNTUKKU” kata Ibnu Abbas.

14) Q: Bagaimana mneyuburkan sikap saling memberi?
Saling memberi adalah proses dua hala yang tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak hanya menunggu untuk menerima. Paling baik, suami mahupun isteri perlu merasakan bahawa mereka perlu memberi semaksimumnya kepada pasangannya, tetapi mesti bersedia menerima paling minimum daripada pasangannya. SEBAIK-BAIKNYA KITA BERILAH SEBERAPA DAYA TAPI TERIMALAH SEKADARNYA. Kita terima yang minimum tak apa tapi kita berilah yang maksimum,” ujar Ustaz Abdul Wahab Abd. Jalil, Pengurus Kanan Pembangunan Modul di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

15) Q: Betulkah perlu melebihkan anak daripada suami?
A: Wanita di rumah tetap seorang isteri walaupun sibuk layan anak. JANGAN ANGGAP SUAMI FAHAM (jangan anggap cam paranormal kot maksud die?) apabila sudah ada anak, anak kena dilebihkan. Lelaki mulutnya di hati, lebih suka menjadi pemerhati, namun timbul cinta dan sayang apabila ada kedekatan dan kerapatan. Suami kalau makan di rumah, dia suka dilayan. Dia tahu isterinya sibuk menguruskan rumah, tapi ketika makan dia tetap mengahrap isterinya duduk sekejap di sisinya; sekadar menemani berbual santai atau menjamu segelas air. Ini juga memberi ruang rehat seketika buat isteri. Suami pula apabila perut telah kenyang tak akan banyak kerenah. Apabila suami seronok, ia doa buat isteri juga…   jadi kene lebihkan suami la dulu ye?

16) Q: Perlukah selalu berdoa untuk pasangan?
A: YA, kita kena cari waktu mendoakan pasangan. Tidak semestinya selepas solat atau dengan menadah tangan. Sambil buat kerja pun boleh berdoa di dalam hati. Mungkin anda rasakan hanya anda seorang yang berusaha menyuburkan hubungan dengan pasangan sedang pasangan anda tidak berbuat apa-apa. Jangan kecil hati kerana ia mungkin boleh membantu anda mengingatkan bahawa usaha anda itulah menyubur dan menyelamatkan anda berdua.

17) Q: Sudah lama berkahwin perlukah bergurau senda lagi?
A: Sakat-menyakat, gurauan dan melawak bersama pasangan boleh menyuburkan ikatan perkahwinan. Berseronok seperti boleh mendekatkan anda kepada isteri atau suami. Hubungan makin intim. RASULULLAH S.A.W PUN BERGURAU BERSAMA ISTERI; PUSING KELILING KAMAR, LUMBA LARI DAN MANDI BERSAMA.

18) Q: Bagaimana kalau pasangan marah tiba-tiba?
A: Pesan orang tua dulu-dulu, KALAU SUAMI TIBA-TIBA MARAH, USAH DILAWAN; LEBIH BAIK DIAM SAMBIL BERISTIGHFAR DALAM HATI. Rugi mempertahankan kebenaran atau membela diri ketika itu kerana ia lebih memburukkan keadaan. Jika perlu, beredar dulu bagi mengelakkan kemarahan berpanjangan. Kalau pasangan belum makan, beri dia makan dulu atau galakkan dia rehat dulu kerana lelaki kebiasaanya ketika sampai di rumah dari tempat kerja, fikirannya masih membawa ‘kerja-kerja’ di pejabat. Kalau isteri pula tiba-tiba marah atau membebel panjang, TERUS PELUK PINGGANGNYA, KATAKAN “I LOVE YOU”. Pasti dia termangu dan terharu. Kaedah simple ini jarang dilakukan oleh suami.

19) Q: Perlukah tiru rumah tangga orang dulu-dulu?
Dulu lain sekarang lain. Memang kita tak boleh buat perbandingan cara orang dulu melayan suami atau meraikan isteri. CUMA PERADABAN DULU MESTI DIJADIKAN RUJUKAN SEBAGAI PENDORONG ORANG MODEN BERADAB SOPAN. Orang dulu apabila hendak kahwin, mereka belajar dengan keluarga atau tuk guru ilmu kerukunan rumah tangga, banyak menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, memperetulkan cara dan bacaan dalam solat, menghafaz doa-doa khusus dan sentiasa berusaha mencari rezeki dari sumber halal. Tidak curi tulang dan ambil harta yang bukan hak walaupun kecil. Unsur keberkatan dijaga di samping tekun mengamalkan amalan-amalan sunat.

20) Q: Suami isteri solat tapi tidak berjemaah, okay ke?
A: Tidak cukup dengan masing-masing solat bersendirian, kerana solat selain membina ikatan dengan Allah, ia juga saluran membina ikatan jiwa dan rasa dengan pasangan. SOLAT MENGIKAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI DEKAT DENGAN ALLAH. Kalau suami solat sendirian, isteri pun solat sendirian, begitu juga anak-anak, bagaimana ikatan ini dapat dibina? “SOLAT BERJEMAAH MENGHADIAHKAN KASIH SAYANG DALAM KELUARGA.” kata Hj. Hussin Ahamad, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.
maka ingatlah Allah dan DIA akan ingat pada kita          

p/s: Try baca buku Quran Saintifik dan Bukan Pernikahan Cinderella. Great!! Kepada rakanku, saudari Eton (kalo ko bace laa..huhu) selamat menjadi pengantin baru! Semoge berkekalan hingga ke syurga. Bagi anda semua yang masih bujang (termasuklah saya) sediakan payung sebelum hujan!    

Tuesday, April 20, 2010

Cinta dan Perkahwinan



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=sizyaqa
Insyallah, dapat membantu.
Bye!
         

link

Related Posts with Thumbnails