saya convo awal dari hari kejadian ahahaha |
Buat Ibu Ayah, terima kasih kerana sudi membiaya pengajian sampai kaklong masuk universiti dan mengenggam segulung ijazah sarjana muda. Jasa dan titik peluh kalian tidak dapat dibalas sampai hujung nyawa. Terima kasih sebab bersusah payah demi menyara kami adik-beradik. Walau tiada harta yang banyak, kalian masih mampu untuk memberikan kami kehidupan yang selesa, pelajaran, makanan dan sebagainya berbanding orang lain. Ayah selalu usaha mencari duit belikan apa yang kami perlukan untuk belajar...terima kasih ayah! Tanpa pengorbanan ibu dan ayah tidaklah saya berjaya hari ini!
Kepada pakcik makcik saya yang banyak membantu, jasa kalian akan tersemat dalam ingatan. tidak lupe juga kawan-kawan yang mejadi tulang belakang memberi sokongan! Buat yang tersayang, terima kasih jugak sebab banyak tolong dan mendorong untuk kita sama-sama sampai ke tahap hari ini.
Goodluck to all of you!Will always remember our sweet memories :)
btw, saya sudah pun selamat sampai di Brunswick Street, Sheffield! Malam tadi boleh pulak fire alarm dengan burglar alarm berbunyi! saya dgn housemate sangatlah panic! Nasib baik ade jiran tinggal atas..kurang sikit panic haha lols
No comments:
Post a Comment