going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Sunday, November 28, 2010

Aktiviti cuti sem



Hye guys! Hmm cuti semester and cuti akhir tahun sudah bermula. So apa aktiviti yang kowang wat?
Huu cuti kali ni sememangnya cuti yang memenatkan dan paling best.Kenapa best?


Sebab......


cik vio xde laa payah2 nak study berat2 lagi cam time kat sekolah and matrik dulu. Jumpa kengkawan lama and termasuk la ehemm2...


And...


cik vio jugak on the way untuk mendapatkan lesen ajen takaful ikhlas yang sah..haa so, kepada sesapa yang interest nak taw sal takaful and plan yang kami tawarkan, boleh contact saya k? Kalo nak taw lebih lanjut ke..cik vio sedia jumpe tapinya....tengok tempat and masa..sekitar selangor or penang mungkin senang sket la nak jumpe xD Did u guys know that insurance are important for our future? but better u choose takaful than convesional insurance..trust me..i have gone through with some researches.. xD poyo jer cik vio ni...


so, ni la dye antare aktiviti cik vio tyme cuti ni..bese jer tapikan..teringin plak rase nk pi camping...bile ye?

Wednesday, November 24, 2010

Dengar taklimat terus collapse??

Salam wat semua pengunjung n readers..
Semalam semua pelajar tingkatan 5 menghadapi SPM ..
Selamat maju jaya and be relaxx k adik-adik? xD

boleh plak semalam adik cik vio yg amek SPM tu kecoh2 suruh bukak berita
malam tadi..pikirkan nape la..
rupa-rupanya, ade seorang pelajar tingkatan 5 ni secara tiba-tiba tidak sedarkan diri
usai mendengar taklimat spm..
kejadian yang amat menggemparkan pada SPM tahun ni cik vio rasa.

Apa-apa pun takziah pada familynya and pada yang lain-lain,,jaga kesihatan diri anda..
Dulu cikgu pena bagi tips exam mase cik vio skolah dulu..nah jom share..(still usefull until today hee xD)
tips exam:

Baca Al-Fatihah
Al-insyirah
selawat 3x

gud luck!

Salam sayang,
cik vio

Monday, November 22, 2010

Cuti Sem bermula


Keriangan bermula....
nampak tak keceriaan kami tu?haha
so kepada semua mahasiswa/i selamat bercuti,..
and jangan lupa jaga diri anda..
see u guys nex sem ^^

Tuesday, November 16, 2010

“ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”

ok cik vio try masuk pertandingan dari blog suarapeople dan Gempak
http://adestylelaa.blogspot.com
presenting..:

kisah KASIH dan SAYANG

Di suatu hari,
KASIH bertemu dan mengenali SAYANG

sejak pertemuan pertama hati KASIH terpaut kepada SAYANG...


Seluruh jiwa raganya, KASIH serahkan kepada SAYANG
Disaat SAYANG menerima KASIH...
KASIH menjerit kegembiraan..!
Terasa begitu indahnya dunia milik berdua. 


KASIH dan SAYANG disatukan dengan lafaz pernikahan yang mulia.
keduanya memulakan kehidupan baru.
Makin hari..KASIH berasa bosan dengan sikap SAYANG
Dan..mereka bergaduh pada suatu hari....
Lantas, SAYANG berkata 'ceraikan saya!'
'Aku ceraikan kau,SAYANG!'
Dengan hati yang luka,
SAYANG membawa diri jauh dari KASIH




Pada mulanya KASIH hidup dengan gembira..
terasa bebas dari bebelan SAYANG
rajuk SAYANG...
tangisan SAYANG...
untuk seketika KASIH berasa tenang..
malangnya, ketenangan yang disangka milik selamanya
 cuma mampu bertahan selama dua hari..

KASIH mula merasa sunyi dan susah hati,
dia nekad ingin mencari SAYANG kembali....
berhari-hari  KASIH mencari namun pencariannya hanya sia-sia..


Masa terus berlalu..
suatu hari KASIH mendapat berita SAYANG telah berkahwin...
Betapa menyesalnya KASIH kerana melepaskan SAYANG..
Namun, penyesalan tiada gunanya lagi...
SAYANG telah menjadi milik insan lain.

p/s: hargailah org yg mencintai kita, kerana hilangnya dia. Mungkin sukar bagimu mendapatkannya kembali wat selama-lamanya.

Khas buat para blogger yg berkunjung


Maaflah sebab lame tak update blogkan?kan?huhu
Bukan apa, al-maklumlah cik vio sedang sibuk dengan exam...
sebab tu tak berkesempatan kunjung blog korang sume..
bukan menyombong taw?hee
nanti ade mase i'll visit..haa ni la dye subjek sem ni:

RAG 161: Building Construction I
RAG 121: Environmental Science 
RAG132: Build Environment I
RMK 153: Principle of construction Economy
SHE: Hubungan Etnik

Okay tinggal paper SHE je cik vio tak amek lagi..
Esok raya, malangnya cik vio tak dapat pulang ke rumah.
Beraya laa kat sini esok pagi..
kepada yang balik umah tu pe lagi?kirim2 laa bingkisan wat orang kat USM ni huaaaaaa~

p/s: jelesnyer tgk member da blek.....
blog akan di update tak lama lagi sekian...

Saturday, November 13, 2010

Surat seorang ex-bf yang kecewa....

source: facebook haha

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu..

Saturday, November 6, 2010

Dialah permata yang dicari..

Warning!
maybe anda rase bosan entri kali ni..tapi tak kesah laa haha
ni entri cik vio..so up to me la kan2? hee xD
hmm ni nak exam da haih...very busy lately..lame xupdate blog huuu
nnt da abes exam..cik vio try cari info baru k? papai mmuaxx...

the one who have stolen my heart ;p

Hadirnya tanpa kusedari


Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

link

Related Posts with Thumbnails