going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Monday, December 31, 2012

2013 new look

sempena dengan tahun 2013 ni,,,saya terfikir untuk mengubah wajah cik blog saya but i don't have enough time to do it...aiyaaarkk

Monday, December 17, 2012

Al-kisah 21/12/12

Sumber dari kenyataan inchik Nasa


Haaa..nampak tak kenyataan Nasa tu? Yang pasal planet akan aligned tu..inchik Nasa kata tiap2 tahun mmg jadi pon masa bulan December. Sume ni prediction orang Mayan je...sape pulak orang Mayan ni? sila klik sini untuk tahu sape mereka ni. Aritu depa kata Mac 2003 tapi sebab tak jadi apa2 dia forward kepada 2012. kebetulan pulak 21/12 tu bakal terjadinya winter solstice . baca kat bawah ni


Jadi kawan2, apa-apa pun kiamat suma tu rahsia Allah. Rujuk dan pegang firman Allah.
Bismillahirahmanirahim,

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (surah al a'raf 187)

Namun walau apa pun jadikan ia sebagai peringatan untuk kita bersama-sama meningkatkan amalan kita. Selagi 'green light' dari-Nya untuk menerima taubat kita :D
Teringat kata-kata arwah Encik Wan, ' Sediakan Payung Sebelum Hujan' , 'apa persediaan kita?'
that's important isn't it?


p/s: Apa-apa yang baik datang dari ilham-Nya kepada ku, dan yang khilaf itu datang dari kekurangan diri yang hina ini :)

Thursday, November 22, 2012

How to remove 'Autodesk Educational Product' stamp

Yeah!! Finally jumpa cara nak hilangkan educational stamp ni...wat semak je kan? ><
So, korang alami benda yang sama tak? kalo ye jum follow step ni...


Simple step to be follow:
1. countinue je dengan current operation tu
2. Import drawing tersebut ke format dxf. dengan menekan command 'DXFOUT'
3. save. tutup. kemudian open file yg telah di save ke format dxf.
4.Sekarang save pulak drawing yg dxf. tu ke format dwg.
5. Sudah hilang! :D

thanks to this blog's owner

Monday, November 19, 2012

Isu Boikot Vs Tak nak Boikot: Jgn gaduh-gaduh:)

Isu yang hangat masa kini semestinya Isu Gaza, boikot Mek Di dan seangkatan dengannya..
Usaha yang murni patut kita beri sokongan ikhlas kepada mereka yang nak sumbang walau sebesar zarah sekalipun janganlah kita memperkecilkan mereka.

Dalam memberi pendapat, tiada yang betul mahupun salah..kalau dalam exam ibarat kita jawab soalan kbkk( kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis). Namun, senario tidak sihat yang saya amati adalah apabila isu, niat murni yang sepatutnya suatu niat yang baik itu bertukar menjadi punca perbalahan sesama insan. Adoii...itu yang tak bestkan kawan2? 

Firman Allah S.W.T “Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Betul bukan semua orang itu sempurna!
Ya, saya juga akui saya seorang insan-Nya yang lemah, yang masih cetek ilmu dan dahagakan ilmu . Saya juga bukan seorang ustazah apatah lagi alim ulama' . Namun, dengan sedikit ilmu ini saya cuba untuk memperbaiki diri saya. 

Senario boikot MekDi saya sokong niat murni itu atas rasional perikemanusiaan dan head MekDi kat US nuh yang claim mereka salur duit kat zionis untuk perang. Jadi atas dasar perikemanusiaan itu maka saya sokong tindakan ini.Dalam masa yang sama terbit juga rasa kesian dekat pekerja MekDi. Yelaa punca pendapatan. Tapi saya yakin bukan niat boikot itu untk tutup periuk nasi tapi terkenangkan nasib saudara islam yang lain.Nak halang orang tak boikot pon tak boleh. itu hak mereka. Duit mereka. Jadi jalan terbaik, usaha untuk mendapatkan kerja lain ye dak?

Saya akui memang payah nak tinggalkan habit makan MekDi ni, tapi mungkin perlahan2 insha Allah boleh jika diizinkan Allah. Perlahan-lahan tu mungkin sebulan sekali pastu 5 bulan sekali, setahun sekali and at last no more forever kan?

MEKDI TU KEHENDAK BUKAN KEINGINAN. DAN SAYA SEDAR BAHAWA MEKDI ITU MENGANDUNGI BAHAN YANG MAMPU BAGI KESAN KESIHATAN ATAS DIRI SAYA. Namun, saya masih jugak makan. So funny of me! haha *laughing at my self

Kepada mereka-mereka yang rasa tak sokong or sokong dengan tindakan boikot memboikot, anda tak perlu provoke sebab :

1. Duit anda. Suka hati nak beli ke tak nak. hak pengguna.

2. Anda suka makan MekDi? tak haram pon, makan ajelah tak payah banyak songeh

3. Tak payah gaduh-gaduh isu nak boikot ke tak nak boikot sebab apa pekdah yang anda dapat? dapat MekDi free lagi ke? or apa? 

Bila gaduh mula nak masuk isu agama yang lain sekali sampai akar umbi kalau boleh. haha so funny!

4. Bukan anda sahaja dapat dosa kering gaduh2 ni orang lain pon dapat tempias ( e.g: dosa kering) walaupun dasarnya si fulan itu posting sesuatu atas niat murni beliau 

p/s: cuba untuk ke arah kebaikan tak salahkan? :) *peace*

Thursday, November 1, 2012

BR1M 2.0

Baca sini

Kalau korang rasa layak untuk mohon, bolehlah mohon kat link sini.
Dah boleh start daftar hari ni! Untuk pelajar IPT tak sure sama ada kita boleh dapat ke tak BR1M ni...^^'


Syarat:

" individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250."

Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my.





P/s: Baucar Buku (RM200) + Baucar Henfon (RM200) + BR1M (RM250) = rm650 ..Thank you government Malaysia. Baucar untuk makanan ke kahwin ke tak da ke? hoho

Monday, October 29, 2012

Pelajar USM nyaris maut dari aras 7?

Tak tahu siapa gerangannya, dengar2 junior kot? yang pasti mesti kat RST sebab kat sana je ade sampai 10 tingkat...
Kalo ampa tengok kawan2 tu macam ade problem cuba persuade dia, macam nasihat ke, happy kan dia ke ape ke...kita ni hidup jauh dari family macam-macam hal berlaku keluarga tak tahu. Tu yang bahaya tu. Tengok2 esok jadi benda lain *mintak simpang dahh keluarga sedih,kecewa, dapat malu etc. Mungkin jugak sebab tekanan tu yg jadi lagu tu tak? wallahu'alam..hanya Allah yang tahu

sumber: my metro

teringin nak merasa












p/s: USM sejak sebulan dua ni penuh kontroversi ke? ^^'

Sunday, October 28, 2012

grey da chubby!

awal tahun: 9/4/2012

aritu: 26/10/2012
 Nampak tak beza ketara? Grey manje saya da bertambah berat, much fluffy..jadi macam bola bebulu sudah...mana taknya, asik makan tido,makan tido,..makan demand pulak tu..nak milo,crackers ngan roti gardenia..haduiii so sekarang terpaksa train dia diet...manje terlebih sekor ni..kalah anak2 dia,cucu2 dia...pendek kata Grey ni ibarat heart of our family..

anak2 astro and apache

Astro and Apache da beranak..5 ekor - 5 ekor..tapi anak Apache hilang sekor..
fully booked da:)

Dino mi name
Ini pulak Dino, kucing sepupu..muka ganazz tapi hati ade taman haha :p besar kucing ni !

Thursday, October 11, 2012

Part 3: Life as student Architecture

Assalamualaikum! Bonjour!

Tiba-tiba malam ni dapat ilham nak bermadah pasal life as 3rd year student Architecture.
YA, memang ramai yang still tak memahami kami ni hidup macam mana especially org office, pak guard ><
They need to put themselves into the situation. Really! Takkan la kami nak berangkut ke hulur ke hilir ngan desktopkan?

So, arini saya nak emphasised on CPU custom built up khas untuk student Architecture yg mencari2..as for gamers pon boleh pakai jugak.firstly, you guys need to ensure your BUDGET! lebih tinggi budget, lebih power yang korang boleh dapat.

This is my CPU specification (Budget not more than 3k, monitor, accesories excluded)
 
source: google.com
Prossecor:  i5 3570k

RAM: 4 GB cv

hard disk: 1 TB SATA HD

SSD Corsair Force 3

MOBO: foxconn intel
          
Graphic Card: Nvidia GTX 560 2GB

casing: Aerocool VS3 advance

                                          p.supply: Aerocool 600 w (80+)

                                      lain2: dvd LG, d-link internal wifi

Macam tu lah kurang lebih. i5 tu pon actually da cukup untuk tampung. Tapi if korang nak lebih power beli i7 memang lebih 1k harga processor tu. Saya mintak extra fan untuk bagi cpu kekal sejuk gitu even kita on lama2..24 jam etc. 

Sume ni saya built up dekat PC Zone,low yatt.. da survey and I found out this store is much better compared to others. 

dalam ni ada list barang yang korang nak built up :) Hope dapat bantu serba sedikit.

p/s: wat kerja jadi lebih laju,tak sakit ati sangat :D Alhamdulillah tak de hang! tu palinggg penting.

Monday, October 1, 2012

Life getting busier

Bonjour! Comment et Cava?
haa...sem ni agak interesting sikit since I took French as option subject.. yg atas tadi tu maksud dia, 'hi, how are u?' 

Rasa macam nk renovate sikit blog ni tapi still tak ada masa ok! :( life getting busier and tougher... ampa kalo nak amek architecture tu pikiaq sepuluh kali ok? kalo anda seorang yg tough; welcome to the club..tapii if anda seorang yg tak boleh tahan dugaan and stress sila cari bidang lain...seriously! 

tak tahu bila masa lagi nak post news entri bagai..Bukan mudah nak jadi Arkitek...mungkin juga saya tak akan sambung untuk mendapatkan title itu..mungkin juga saya akan sambung tetapi bukan untuk menjadi seorang Arkitek sepenuh masa..well, i need to think of my future too...>< i wish to work in developer company or contractor company instead of joining firm..i dont know why..but i just dont love the way of working in the firm...

ahh..mati idea!

p/s: status/pangkat/darjat tak bawa ke mati pon...jadi tak perlu nak bangga sangat..cuma amalan kita di dunia ni yg jadi penyelamat kelak!

UpsideDown: New chapter

credit to: jas
Sudah tiga bulan berlalu sejak tamat sem dua tahun dua, and tamat praktikal kat sebuah firm arkitek di jln loke yew. 

Hari ini, 1 oktober 2012! Our very first ever presentation and exhibition at drum,hbp. Wa cakap lu, memang persekitaran berbeza dengan second year.. Surprisingly, rasa culture shocked sekejap dengan cara mereka yg dah biasa, dah tahu nak kena buat apa time presentation third year. I admitted that i was a little bit down after the crit session. I ate a lot during lunch time...kuantiti yg BANYAK and LICIN abes makan tengahari tadi! Mana tak frust...buat keje stay up 3-4 malam, tido bawah meja kat studio dengan sejuk beku lagi...ingatkan manual nk lebih sgt rupanya graphic photoshop lg lecturer suka! haih...seriously kalau tau, memang wat guna ps je..tak payah nk stay up lama2 nak colour, trace bagai...tu lah serba sedikit rencah hidup student seni bina yg tak semua org rasa apa yg kami rasa....

okay, sekarang da tahu sikit2 macam mana nak takel design presentation third year..insyaAllah ada jalan! Nasib ada kawan2 yang pandai nak ceriakan kami yg rasa down ni haha thanks a lot kawan2! 

P/S:  hidup tak perlu menyusahkan orang lain, se-femes mana pon anda tak perlulah nak memekik malam2 kat CG yg aman ni haa... hormatlah sikit orang nk ketenangan..haih.. *tibe2 xde kene mengene lol

Sunday, August 12, 2012

Iftar with BFF

Al-kisahnya...kami rancang berbuka sama2 tapi disebabkan ramai yang busy cume beberapa orang je dpt join..
syira,oya,ct

pqa,pah
Kita orang pi berbuka kat Full House dekat giant rumah kitorang je hehe ..the environment quite nice, lebih kepada santai n sedap mata memandang,..untuk decoration bagi gred A kat restoran ni

Kami dapat reunion setahun sekali je tapi selalunya mesti ada yg tak da...huhu al-maklumlah rumah dekat2 tapi orangnya selalu tak da kat sini..mengembara sana sini hehe tapi yg selalu ade saya, syira and oya..mesti ada tiap kali haha

Tahun ni dapat berbuka dengan "foreigner" dari German lama kitorang tak jumpa..da dekat 2 tahun rasanya? Tahun ni alhamdulillah dia dapat balik tanah air..tabiklah dekat dia sebab boleh survive sorang2 kat sana..perempuan pulak tu! :D

Tadi tengok hostel ramadhan kat tv alhijrah..rindu life hostel kat sana..rasa time duk hostel tu paling best! makan ramai2,sharing2 macam2...even ada konflik tapi tu sume mengeratkan hubungan kitorang sampai ke hari ini.... tak kiralah even korang ada kat Malaysia, Mesir,India or German janji friendship kita sume kekal terjalin selamanya..insyaAllah:)

Raya ni tunggu yang lain pulak join kami;)

Tuesday, July 24, 2012

Bilangan Arkitek Masih Kurang

sumber: the star online dan LAM


Jumlah student yang amek Architecture a.k.a Seni Bina ramai jugak la kan? Satu U average 30-80 student per batch ! But tu average part 1 hmm part 2 maybe average dalam 30 orang...

Menurut the star, exam part 3 memang tak ramai yang lulus..dari 280 tu just 50 orang je lepas! perghh....Malaysia perlukan 15k Arkitek Profesional pada tahun 2020 untuk duduk sebaris dengan jumlah Arkitek di Britain..So, untuk mencapai status tersebut, at least 1350 orang perlu mendaftar sebagai Arkitek Profesional...that's way too far! o.0 The question is not more than 500 person are sitting for the exam and not many were able to pass it, will Malaysia able to achieve the target? I don't think so.... 

The risk of building to be collapse is higher as we don't have enough Architect to supervise..Huh! yang ni pun satu hal jangankan tak cukup, ade tu tak pergi supervise sangat pun(bukan semua ea) ..expecially perempuan yang tak tahan panas..adoiyaiii...arap2 i'll not become like that..aminnnn.. 

p/s: Masih jauh perjalananku...either end up being just assistant architect or Architect or might be a lecturer? IDK... T^T there's too much things I still need to learnt and understand before I climb up higher..

Friday, June 8, 2012

Slum/Squatters: apa ni?

oraite2...first of all Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera....

mesti korang tertanye2 ape tu slum and squatters kan? ni dari silibus housing studies...*tibe2 je nak cite*

ok dalam bahasa yg mudah slum/squatters tu rumah setinggan.. mcam mana terbentuknye these kind of settlements? kite tak boleh nak salahkan 100% kat occupants ni sebab :

*masalah socio-ekonomi diorang
*employment
*harga rumah mahal

selalunye 'kejadian' ni muncul disebabkan urbanisation. yela dulu tepat tu kire cam kawasan kampung tibe2 naik taraf jadi bandar, so yg penduduk asal yg xda kerja proper alih2 terpaksa 'merempat' kat tempat asal mereka cumeeeeee

a) Slum

haa..kalo yg slum ni diorang kire ade hak kat atas tanah yg diorang duduk tu...kire tanah tu tanah sah la..ala2 macam kat kg baru kot? cume kat kg baru ni kire ok la infrastruktur dye nak banding slum lain yg wujud kat mesia ni kan?

b) Squatters

haa..yang ni xberape best..sebab diorang xde status sah sebagai owner kat tanah ni...cume disebabkan faktor miskin jadi kerajaan bagi la jugak tumpang..but not as permanent occupants..yg xbestnye perlu ke bagi kat orang asing duk? yg pendatang dengan izin xpe lagi..yg tanpa izin tu? mm jawab sendiri la kan?hehe

ade baik buruk slum/squatter ni tapi dye turut bagi impak kat ekonomi negara sebenarnye..yela banyak belanja tau kerajaan nak uruskan hal mereka ni...so, kerjasama antara semua orang tu penting untuk selesaikn masalah ni...:)

Monday, May 21, 2012

Salam Rejab dan kisah Grey the rabbit (doe)


Selamat menyambut Rejab:)
"Allahumma baariklana fii rajabin wa sya'baana wa balighnaa ramadhan"


Hi alls! excited ni :D Grey bukan hok jate ghupenye hok tine T_T freaking true! Hasil kahwin dengan rabbit jiran yg rajin datang umah make lahirlah Pochi! Muke mcm bapak dye tapi mate and bulu same mcam Grey...comel and lincah!

Semalam, Grey beranak lagi lepas sebulan lebih Pochi lahir..erk? ==' tapi yang herannye tak de pown rabbit jantan kat umah..Grey duk ngan ank dye je kat umh..yg si coklat tu ( bapak Pochi) da mati kene kitai ngan anjing liar T_T... rupe2nye camni:

"memang sesetengah kes pernah terjadi seperti yg dinyatakan diatas. setelah dibelek dan dihujahkan oleh bijak pandai, barulah saya mendapat jawapan bahawa arnab ini adalah haiwan yg sangat subur, dimana kebolehan kedua-dua tiub filopio arnab boleh berfungsi serentak. keadaan ini pula terjadi disebabkan oleh kehadiran sprema seekor arnab jantan yang berjumlah lebih kurang 2 JUTA~! yang kebanyakannya aktif dan power~! dan kebolehan arnab betina pula dianugerahkan Allah dengan mengguna pakai salah satu saluran filopio tersebut manakala mem'pause'kan saluran yang satu lagi. setelah selesai anak yang dikandung di rahim melalui saluran pertama keluar(diberanakkan), saluran kedua mula diaktifkan, dan dikandungkan sambil si ibu menyusukan anak² yg pertama. "
sumber: fb arnab kiut rabbitary

Anak dye yg dilahirkan kali kedue tangal 20/5/2012 sebanyak 6 ekor! :D nantikan gambar anak2nye later~


Friday, May 18, 2012

Maaf!

Assalamualaikum sume...maaf la sy busy sejak naek second year ni..da jarang-jarang update blog..sian blog sy ni kn? Maaflah lambat reply pertanyaan-pertanyaan anda semua ^^

Sunday, March 18, 2012

Danau Toba Medan Trip: Studio Field Trip

Polonia Airport v Air Asia
It has been a very long time since my last update! haha dah bersarang dah blog ni..al-maklumlah busy sejak beberapa bulan ni...T_T alright, now...this post is tribute to all studio 200, HBP students
Nasi Timbel Ayam Penyet...yummy!

Delicious Avocado Float

Danau Toba

Do you see the Volcano?

McDonald at Medan

Nana and Me : Royal Deli Costume

Sitorus Resident
The places we visited: Danau Toba, Mikie Land, Berastagi, Medan-Merdeka walk, Istana Mamoe'n, Pajak Ikan, Ambon Zulaikha, Sitorus resident, Rahmat wildlife gallery ..

The most panic moment when we nearly left by the planes haha kalo tak da jadi orang medan da ni:p it was so close! The flight delayed because of us! haha

everyone rushing!



Thursday, February 16, 2012

Sekali Lagi : NAP 12


Alhamdulillah sekali lagi diizinkan Allah joined program NAP 2012 :)
da mula ingat beberapa orang..
Yu, Yuki, Nao, Niho, Haruka, Sisato, Miki..
yg lain2 saba la ye hehe take time :)
Harap2 dalam tempoh sebulan ni dapat ilmu baru lagi

Kenchiku = Architecture

Saturday, January 14, 2012

Baucer RM200: Dimana boleh digunakan?


First of all terima kasih kat PM Datuk Seri Najib yg sudi beri baucar ni kat sume..*eventhough xdapat duit =.=
orang da bagi kite amek jelah kan?kan?huhu

okay tolak tepi..sekarang ni kat mane je bole gune baucar ni? ahaa valid sampai bulan tiga ni je taw! Baucar ni boleh digunakan kat semua kedai buku yang ada notis beserta logo 1Malaysia. antara kedai feymmes yang dikenal pasti:

1. BORDERS
2.MPH
3.POPULAR

so pandai-pandailah korang gune baucar ni...i've planned to buy detailed architecture book, what about yours? :D Jangan salah guna...kerajaan bagi baucar dengan harapan korang beli buku untuk memajukan negara 1day..so jangan la membazir beli buku bukan2...untung taw korang yg buku tak mahal cam kos kami ni :( 1 book pun da cecah dekat dua ratus ==' but at least...syukur laa leh dapat buku free :p

Saturday, January 7, 2012

Tentang Aib : WHY?

Bila kita cerita tentang aib, semestinya berkait rapat dengan seseorang insan yang di 'aim'.. Sebagai seseorang bergelar muslim saya kira perlunya saya menegur sesetengah masyarakat dalam menegur seseorang itu. Ya, kita perlu menegur tetapi caranya bukan dengan kekasaran.ikutilah sebagaimana Rasulullah s.a.w menegur kesilapan para ummahnya.

Ok, kite mulakan.. Aib adalah umpama kita mengumpat seseorang itu sama ada secara lisan mahupun tulisan tidak kira status seseorang itu tanpa diketahui si tertuduh. Dan sememangnya adalah suatu perkara yang memalukan atau perlakuan huduh seseorang.

Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. (Al-Hujurat : 12)


Kita lihat hari ini, perihal membuka aib terdapat beberapa tujuan seperti ingin menjatuhkan saudaranya, memfitnah *berat ni  baik hang pi bunuh ja* dan sebagainya. Yang saya herannya kenapa ada sesetengah manusia *err layak ke panggil manusia?* sanggup memfitnah seseorang yang baik seperti ustaz? memanglah semua ustaz tak perfect tapi ilmu dia..if hang tak suke pun care dye tak perlulah nak post siap ade name lagi tu?    artis-artis tu tak nak pulak dia tegur? hey you jangan buang current mengutuk orang lain cube cermin diri dulu *saya geram* adakah anda sedar bahawa apabila anda membuka aib seseorang, aib anda bakal di telanjangkan di akhirat kelak? Please mind our language peeps! JANGAN SEBARANG BUAT ANDAIAN SEBAB BOLEH JADI FITNAH TANPA DISEDARI!!!

for our information, please TAKE NOTE:

jika 1 keaiban seseorang kita buka , Allah akan buka 3 keaiban kita kelak.

sabda Rasulullah s.a.w: "Janganlah engkau sekalian mengummpat orang-orang islam dan jangan membuka aib mereka,(kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah maka Dia akan membukanya sekalipun dalam rumahnya" (HR. Muslim,ad-daud dan at-tarmizi)

*saya boldkan untuk peringatan kita semua*

"Alamak! da terbuat macam mana ni? saya takut dengan hukuman Allah!", Alhamdulillah kalau anda berasa begitu, sebab tandanya masih ada iman dalam hati. jadi bagaimana perlu kita lakukan untuk tebus dosa?
Perlunya kita meminta maaf kepada orang yang dibuka aib nya itu lebih baik secara personal, dan if dibuat secara terbuka juga bagus..sebab anjuran islam untuk kita saling maaf-memaafi kan? :) kan cantik tu..

"Eleh da dia yang bukak aib dia dulu! Aku tolong sampaikan je kat orang lain suruh tegur, huh!" Seeloknya tegurlah dia secara personal dan dengan ayat yang boleh memikat hatinya untuk menerima teguran kita. *and it seems like most of us not did it* kita menegur tapi apakah cara kita?Setengah orang alhamdulillah menggunakan bahasa yang enak didengar malahan mendoakan perubahannya, setengah lagi??MASYA-ALLAH! di mana mentaliti kelas pertama kita?  kita lihat dalam al-Quran...

Allah swt berfirman:
                                            " Celakalah tiap-tiap pencaci dan pengeji " -Surah  Al- Humazah, 104: 1

jadi, gunakanlah cara yang berhemah dalam membetulkan kesilapan seseorang kerana :
bisa kata-kata lebih tajam daripada tusukan pedang. lihat entri adab teguran



p/s: Takde gamba pulak entri ni sebab takde hihi :P semoge kite dapat sedikit ilmu bersama :) anda ada nak tambah? silakan ;)





Thursday, January 5, 2012

Goodbye shoutmix..hi Fibox

fibox

klik link atas untuk dapatkan free fibox..function dia sama macam shoutmix dulu ;)
orite semoge kembali berchatting semua :D

Monday, January 2, 2012

2011 Recalls~ plusss exam months

I hope it's not too late for updating this post...it has been 2 days of 2012 *oooh! wowwwww
macam-macam perkara pahit manis dilalui tahun ni...and the essential part is it was the year which filled with love, compassion in learning and friendship:)

January 2011

Still in second semester which I'm still first year... mase ni memori time ni agak blur-ie haha what happened eh? hihi what i remembered is that.....i went to Esplenade with sue anne...january 2011 post haha promoting kota lama :p ahaaa and that was the first time i fainted after several years kot? sekarang ni Alhamdulillah stable ...syukurrrrr...and thankss kat Nana yg hantar balek bilik that night...also to my friends yg ade mase malam tu...

February 2011

A piece of memory- source: aiko fb
haha da macam tulis karangan skolah kan?kan? orite..
mase ni i started to join Nanzan-Usm programme a.k.a NAP Buddies ...and the important thing is..i learnt the good attitudes from my Japanese friends...they're soo humble and full of courtesy..we should learnt from them kan??
A memory that shall never fade away...miss u guys xoxo




April 2011

March mane? haaa march tak banyak bende best so skip hihi ...mase ni kite beli bamboo pen dapat sekali artrage punye software.....pastu this month i sat for final 2nd sem exam...fuhhh and this month i joined SIFE bukan  security in free enteprise taw cik nadia hehe tapi Student In free enteprise...banyak yang kite dapat belajar dari SIFE ni..i'm among the pioneer la kirenye kan? hihi
Memang kelam kabut ...bayangkan dalam study week kene uruskan itu ini...sian kak anis... and cuti sem 4 bulan bermula!! memang masuk sejarah bila cuti IPTA jadi 4 bulan..once in a lifetime taw!

May-June 2011

It is the most wonderful and unforgettable month! A lot of sweet memories we're built...we share our cheerish, fun and susah senang bersama bak kata orang dolu-dolu...mase ni banyak yang kite belajar..dari kengkawan and seniors...dari sini kenal family Architecture usm with much more closer than before...Terang! kenal lebih ramai lagi and happening! tak saba tunggu PADI pulak huhu i expect more this 2012

*aishhhh malasnye nak tulis hahahaha trus conclusion la eh? summarize kan jela hhihi

Summary Second Sem Sept-Dec 2011

tahun 2011 ni laa kite mule pakai braces...tahun ni kenal rapat dengan kawan2 archi....kawan2 lain masih ingat lagi..tak lupe cume jarang jumpe suda:( tahun ni jugak masuk second year...brand new life rasenye beze sangat...makin hari makin sayang kat semua orang especially family and...dia..<3 thanks all for delighting my life last year...
haha padan muke bella kene lindung:p
November pulak kua cite Breaking Dawn...memang my fav movie :) can't wait to see part 2! Last movie i watched in cinema was The Darkest Hour...about electric invading our earth...cite da best tapi tergantung pulak haishhh


2011 was history 2012 is our present 2013 will be our future that no one ever knows what will happen ...







p/s: esok exam bi tapi saye tak tahu nak study ape haha i know i should have study now but i got no idea what to open as it is language right? Wish me luck peeps! Harap2 tahun ni jadi fly Medan ngehehe

link

Related Posts with Thumbnails