going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Monday, December 30, 2013

Travelog: Trip ke London #2 dan Old Trafford, Manchester

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
saya akn cuba untuk berkongsi sedikit pengalaman beserta bajet perbelanjaan di London

Tips:

  1.   Beli daytravel card lebih berbaloi daripada guna oyster card kalo nak guna tube banyak kali especially kalau ada railcard lagi murah korang dapat
  2.  Belilah segala tiket entrance secara online sebab korang boleh dpt murah lagi (madame tussauds, London Eye, London Dungeon etc. )
  3.  Kalau teringin nak naik big bus tour pon adalah digalakkan membelitiket secara online sebab kalau beli direct £30 tapi beli online baru dlm £22 banyak tu beza kalau convert dlm MYR.
  4.  Makanan pulak pandai-pandai cariyg halal tapi sehari bajet sorang dalam £10. Kalau pandai cari boleh je jumpe makanan mcm ayam 6 ketul sekali kentang £2! Kalau makan kat tukdin dalam £10 la at least
  5.  Souvenir yg murah beli dekat Bayswater murah! Jgn beli tempat lain, nanti menyesal kena ketuk kaw2..
  6. Hati-hati dengan Shrek/Clown etc kat area westminster bridge sebab dorang suke ajak bergambar dan later dia akan minta duit dari korang as a payment. Dan hati-hati jugak dengan tipu daya helah penjual souvenir kat area situ! Dia akan ketuk korang kaw2 jugak....

Ni antara yang saya ingat dan tau :
Perkara
Harga On9
Harga Direct
Big Bus Tour ( 2hari + 1 tiket cruise ke Greenwich)
22
30
Tiket Madame Tussauds + London Dungeon
38.10
-
Oyster card ( belum top up lagi, tapi boleh tebus baliknnt)
-
5
Daytravel card with railcard 16-25
-
5.90
Arsenal tavern Hostel 5 malam 6 hari

45~

Hari 1-3 ( 20-22/12 2013)
  • Bayswater and Queensway
  • Hyde park
  • Malaysian Hall & Malaysian High Commission 
  • Arsenal Tavern Hostel

Area ni kami pergi masa datang kursus kahwin kat Malaysian High Commission di London. Alang-alang stay di Malaysian hall secara percuma. kami pon ronda-ronda area sini. Keychain, Fridge magnet boleh dapat dalam harga yg berpatutan. bawah 1 pound utk satu fridge magnet.

Kami check in Arsenal Tavern Hostel pada petang ahad. Dia macam asrama, kalau anda on budget trip adalah di alu-alukan tido sini sebab harga murah. Cuma, macam kurang selesa sikit sebab campur dengan orang yg kita tak kenal. Kat bawah dia ade pub tapi entrance ade asing. Kami tak selalu ade kat hostel ni. Kebanyakan masa spend dgn jalan-jalan. Jadi, it's fine.

Hari 4 ( 23/12/2013)
  • Madame Tussauds ( £38.10 combo package with London Dungeon)
  • Chelsea Stafford Bridge Stadium
  • Albert Hall, Natural Science museum and Ice Rink
  • Harry Potter Platform 9 ¾ King Cross Station





Kat Platform 9 3/4 ni korang ada option untuk tidak beli gambo yang jual, tapi if nak beli harganya £8

Hari 5 ( 24/12/2013)
  • Green Park
  • Buckingham Palace
  • Guard Museum
  • Tower of London
  • Wharfinger Cottage
  • Thames river
  • Tower Bridge
  • City Hall
  • The Shard
  • Eye of London
  • London Dungeon
  • Big Ben
  • Tuk din

pergi Buckingham place around 11am untuk tengok ceremony changing of guards. Yg lain-lain tu amek gambo dari lua je cukup + FOC haha... restoran tukdin serve makanan malaysia, dekat2 ngan area bayswater...terbaik jugak la rasa makanan dia :D tapi sila prepare £10 utk air dan makanan






Hari 6 ( 25/12/2013)
  • Arsenal Emirates Stadium
  • Ecology park


Hari 7 ( 26/12/2013)
  • Boxing Day at Oxford Street 
Disebabkan saya bukanla kaki collect barang2 berjenama mcm Gucci, Prada, etc maka tak beli la handbag tu... kalau orang ajak sy makan maybe laju je saya ikut hehe :p tapi adala dekat £80 sy spend utk kasut bakal future saya, handbag, perfume buy 1 free 4, errr..ape je lagi ea? macam tu je  :p

Hari 8 ( 27/12/2013)
  • Malaysian Hall canteen ( harga ok, dallam £4 camtu untuk 3 lauk )
  • Trafalgar Square
Hari 9 ( 28/12/2013)
  • Old Trafford: Manchester United,Emirates Stadium
Student price: £16 untuk stadium and museum tour. Kalau bukan student better beli online sebab ada diskaun! https://shop.omniticket.com/muf/index.cfm? rajin2 cek untuk diskaun




Not bad la tour ni...suka jugak la :D

p/s: next travelog >>>> 9 days journey to Switzerland, Italy and Spain ! :) insyaAllah doakan perjalanan pergi balik ya! 

Sunday, November 10, 2013

Travelog: Cardiff to Gloucester #trip2

Assalamualaikum wbt. :) alright, minggu ni saya ingin berkongsi pengalaman ke Cardiff dan Gloucester.
The main reason I went to Cardiff wasn't just for fun but to seek some knowledge ! Ok, ceritanya kat Cardiff ada program Wacana Perdana: Malaysia negara Islam atau Sekular? Antara teori dan Realiti..wooo kan tajuk die?hihi pastu on the way balik ke Sheffield,kami singgah di Gloucester utk find 'Hogwarts'  perghhhhhhh!! jumpeeee kot!!!!! So first part, cerita ada apa kat Cardiff dulu

Cardiff

Amboihhh.... berbelit-belit lidah nak baca signboard kat cardiff. Luckily, ada member TESOL yg mampu nak baca, pronounce ayat-ayat kat signboard.Ujan rintik-rintik mase ni. Pastu kami lalu jambatan ala-ala jambatan Penang gitu. Sesampai je kami kat Cardiff, we'olls tersangatlah excited! Kami teruih heading kat area uni untuk cari kat mana dewan ceramah. Next, we'olls pergi cari tempat makan. Ended up choosing Istanbul restaurant.p/s: anak tekak tak boleh terima 1 menu ni nama die prawn casserole.




Kendian, kami pi kat Sophia Garden. Jalan-jalan situ, amek-amek gambo. It was just a short trip. We didn't even enter the Cardiff Castle neither went to the museum. Lepaih ja amek gambo kat Sophia Garden, kami terus cari kedai souvenir. Mencari bukti kami dah sampai Cardiff...Tempoh yg amat singkat untuk explore the whole cardiff..tapi kire oklahhh..pasni tak tau bila nk mai lg 

Malam wacana perdana

Rumah host yg tumpangkan kami tido

Car Boot Sales

Buku murahhhh! 50pence sahaja..lai2

Kalo korang nak mai Cardiff...I'olls cadangkan u'olls makan kat Cardiff Bay. Nama restaurant ni Spice Roots kat Dragon centre tak salah. Harga berpatutan dan buffet menunya tersangatlah yummmmmmmy! Ada starter, main course, dessert..perghhhhh..lapo plak dah T_T Indian Cuisine


Spices

Glouchester
Pastu tengahari kami bertolak balik. Otw. we'olls singgah Glouchester... Harry Potter Location Hunting... channnnn... tengok gambo kat bawah ni ihikkkk :p samekannnn?! Ni dalam Cathederal sebenarnya. Bahagian corridor.





Sumber gambo sendiri :D

File:Corridor.JPG
source HP & the secret chamber

Glouchester Cathederal


Jadi, tamatlah pengembaraan kami 2 hari 1 malam. Kami tiba di Sheffield sekitar 9pm.Total pengembaraan ini tak sampai £50 termasuk sewa kete eheee :p Next stop: Malaysian Notthingham Games at University of Notthingham, where the Robin Hood belongs.
 


Monday, October 28, 2013

Review Wacana Perdana di Cardiff

Wacana Perdana: Malaysia negara Islam atau Sekular? Antara teori dan Realiti

Tempat: Cardiff university
Panels: Ust Nasharuddin, Tn Hj Azri, Tn Hj Rahim dan Dato'Zainol
The four great heroes who just came back from Comango issues settling in Geneva.

Ini antara isi yang saya dapat:

  • Islam agama bagi persekutuan bukan agama rasmi Malaysia. Maknanya, agama rasmi bagi Malaysia bukan agama Islam atau mana-mana agama. Rujuk perkara 3:1. Analoginya umpama: Malaysia sudah muslim tetapi belum mu'min.
  • Malaysia juga bukan negara sekular. Malahan, akta yang dicadang semasa suruhanjaya Reid yang menuntut klausa secularism dibantah oleh Raja-raja Melayu dan Baginda Queen.
  • Negara yang mengamalkan sekularism tidak mungkin akan ada 2 jenis sistem mahkamah yang setaraf: Mahkamah Syariah dan Mahkamah Civil
  • Secularism: bak kata Yusuf Al-Qadrawi Ál-ladinniyyah' ( tidak beragama). 
  • Human Right : Malaysia tidak menandatangani ICCPR kerana dasar yang menyokong LGBT, kebebasan beragama ( rujuki perkara 3 yang mana Islam agama bagi persekutuan dan penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka dengan aman harmoni dalam persekutuan) 
  • Ingat, antara penggubal human rights adalah Charles Habib Malik. Siapa dia? Sila kaji
  • Isu Comango: NGO-ngo bkn muslim menuntut budaya seks songsang diamalkan di Malaysia, racism country, kebebasan beragama ( yg mana kita ketahui umaat Islam diharamkan murtad) , isu kalimah Allah
  • Isu kalimah Allah.alright, this is the explanation on why couldn't or could apply by other religion? Kalau kat negara Arab, orang bukan muslim memang menggunakan kalimah Allah, Rasul, Malaikat dan sebagainya. Ini disebabkan ianya adalah bahasa mereka. Manakala, vocab or tatabahasa melayu terhad dan kalimah seperti Allah dianggap amata suci. Contohnya, asalkan nama macam arab-arab sikit jumpa dalam al-Quran pun orang main letak tanpa cek makna sebenar e.g: nama anak. Definisi Tarbiyyah juga dianggap begitu taboo dikalangan masyarakat melayu. dalam bahasa arab maksudnya pendidikan.
  • Kes dikecam sembelih lembu sewaktu raya aidiladha yang dikatakan tidak menghormati hak agama lain dan disuruh sembelih di tempat tertutup. Padahal, kaum yang beragama lain juga bebas mengamalkan upacara agama mereka yang malah menyebabkan traffic congestion di KL? #ehhh
  • Mengapa hudud masih tidak dilaksanakan? Ibaratnya, Malaysia sudah ucap dua kalimah syahadah tetapi masih belum melaksanakan tuntutan wajib. Ikutkan nak laksana hudud bukan mudah dan sewenang-wenangnya dilakukan. Malaysia perlu kaji dulu kewajaran dan keberkesanan perlaksanaan hudud. Boleh dilaksanakan apabila, hakim mahkamah syariah telah benar-benar bersedia dan diberikan latihan sempurna. Macam qisas. sudah ada dilaksanakan sebenarnya dalam undang-undang Malaysia. namun  proses pengampunannya, pesalah memohon keampunan dari Sultan dan sultan akn minta persetujuan kepada keluarga mangsa.Rakyat Malaysia sekalian, hukum hudud itu wajar dilaksanakan tetapi bagaimana nak cari bukti pun kena consider jugak. Ya, Brunei mampu melaksanakannya kerana Sultan juga merangkap PM. Malaysia banyak negeri dan bagaimana kita nak atasi Islamophobia yg juga wujud dikalangan kaum lain? Kita sebagai rakyat yang peka, mungkin patut buat kertas kerja dan bagi cadangan bukan asyik jadi keyboard warrior sahajakan?hehe cakap je lebih tapi tak bagi sumbangan apa-apa pun kat negara. 
  • UN shouldn't penalized Malaysia to practice Islam. Yela, negara lain amal agama lain takde pulak ko nak halang?  
Ramai je di alam maya ni yang 'berlagak ' pandai+hebat dalam bidang agama tapi sebenarnya apa pun tak tau. Main reka je. Orang melayu yang saya perhatikan sesetengahnya mudah melatah walau tidak tahu asal usul pangkal cerita yang benar. I pledge Malaysian people to be unite and respect each other beliefs :) Betulkan dulu diri baru kita boleh laksanakan yang sunat.

     Konklusi saya, Malaysia is neither Islam country nor Secularism country.Saya percaya ahli-ahli panel kita juga inginkan Malaysia aman dan sayangkan agama. Maaf kalau ada silap atau terkurang isi-isi yang dikutip.


p/s 1: Barang kat Malaysia naik, tapi tax rendah. Kat UK barang murah yg amat tapi tax tinggi. ikut currency negara masing-masing. which one would u prefer?  If kat Malaysia beli barang 100 tak penuh lagi troli. kalau kat sini 20 pon dah penuh troli!

p/s 2 : next post will try to update on Cardiff and Gloucester travelog! Stay tuned :)

Tuesday, October 22, 2013

Travelog: London #trip1

First trip outside Sheffield :p LONDON! wohooo..pengalaman pertama...eventhough it is just a short trip... 2 days and 1 night. Syokkk kemainnn jahh! kelass gitu pergi London haha :p Actually, I went to London to find some clothing stuff for winter ngehehehe lebih krg GBP200 jugakla perabehh tmsuk shopping, fares, makan2, souvenir

Expenses:

  •  Tambang bus pergi balik dari Sheffield: GBP 20
  •  Bus tour sekitar London with free cruise to Greenwich + extra free ride 1 day GBP30
  • Makan untuk dua hari GBP20
  • Oyster card utk tube GBP5 plus topu tambang GBP10 ( ade lg baki huhu)

Alright, kalau nak merasa naik bus hop on hop off...boleh je beli tiket die kat conductor bus tapiiiii kalo uólls beli online kat sini http://eng.bigbustours.com/london/home.html boleh dapat discount sikit dari harga biasa! Big Bus Tour ni memang lalu semua landmark kat London ni macam Madamme Tussaud, London Bridge, Tower Bridge, Ripley Believe it or Not, Marble Arch, Big Ben, Trafalgar Square dan banyak lagi! 

Big Ben
Tips beli souvenir: oriteee better pergi area Bayswater! sbb kat situ murah2...baru 99p untuk 1 fridge magnet! Iólls kene pau sket dengan penjual macam arab2 sikit rupa die kat Westminster! huhh...==' rugiiii dahlaa macam nk pegang2 tangan..hanginnn iólls... so, jangan singgah situ ok walaupun die kate 'saya suka Malaysia'or çantik"? pergi kat kedai2 area Bayswater! konfem tak nyesal..sobss T_T  
Tentatif perjalanan: 4am Saturday from Meadowhall interchange - 5:30pm Sunday from Victoria coach station


London tube
 Ok, nak merasa naik underground transportation? mohh beli kad oyster ye uólls! GBP5..pastu topup untuk naik..kad oyster ni ala2 touch n go untuk naik tube ni je...sile study bebetul nak gune line ape..ade yellow,blue ngan red line xsalah...KTM mesia yang baru lagi cun dari tube ni sebenarnya...tapi memang xdpt disangkal lagi..kenderaan kat sini memang on time! terlepas tube..seminit lagi dtg tube lain..perghhh masyukkk....

MARA hostel at Bayswater
 Tempat tido pulak..mula2 kami ingat nak tidoq kat Malaysian Hall tapi malangnya Malaysian Hall tutuplahhh pulak untuk renovate,,aishhhh..nasib ade MARA house..bolehlaa ..tapi shared room ngan bathroom..name pon asrama kannn...
Hasil tangkapan sekitar Oxford Street
Shopping.....ahaaa ni bahaya haha seyess dulu iolls bukan jenis suke beli branded items ni..mahal kot... tapi kat sini rasa macam murah je sume benda...Leather jacket by Pull&Bear baru GBP26, body butter body shop GBP5,...iólls buat membership bodyshop pastu dapat free body wash white musk...wangiiiiii.... Boots Dorothy Perkins discount from GBP32 dapat GBP26.... kalo kat Malaysia....iólls macam pikir banyak kali jugak nak beli baju2 ni sume...DP pon ni laaa fes time beli brang depa hehe... kalo nak lagi murah sila pergi kat Primark...mmg rambang mata korang! tapi kedai GAP memang still mahal gilossss..xmampu iolls nk beli haha... better lagi beli kat kedai GAP malaysia murah sket.. and barang2 kat sini banyak jugak tag dia tulihh made in China! huhh.. tapi kawan kate material dia dari sini cuma pembuatan je kat sana...


Till then, Iólls akan update lagi pasal trip ke London....ada apa-apa korang nak tau? boleh usulkan kat iólls haha nanti boleh cari findings sket..next post..akn saya cuba upload gambor dari camera..ni sume gambo wassap+ henfon je haha

Sunday, October 13, 2013

Bahagian 3: Cara-cara nak sambung belajar kat overseas (VISA and CAS)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Ok next one is the step-by-step on how to dwt your UK visa! visa ni khas untuk tier 4 general/general sponsored. Before wat visa pulak...kita mesti dapatkan CAS statement daripada uni...cas ni hanya akan dapat lepas uni tersebut keluarkan unconditional offer. click link dibawah untuk rujuk hal-hal lain yang berkaitan.

Part 1: Uni requirement
Part 2: MARA Sponsorship
Part 3: VISA and CAS
Part 4: Packing up things!

1. CAS Statement


macam mana nak dapatkan CAS statement ni? kenapa penting?
penting sebab requirement VISA....
Cara-cara nak dapatkan CAS:

  • Dapatkan unconditional offer dari uni yang anda nak dan make sure it is the final uni yang anda pilih! 
  • Bagi final year degree macam sya haritu..apa yang saya buat untuk dapatkan CAS, bagi online transcript beserta surat rasmi daripada universiti yang menyatakan saya confirm akan graduate. BUT if uni uólls boleh issuekan official transcript lagi bagus.... tapi depends jugak dgn budi bicara uni yg korang apply..sebab certain uni tetap nk jugak official transcript/certificate . So, no matter what u got to wait and fullfill the requirement yg uni korang nak!
  • Prepare benda2 yang perlu diúpload'untuk dapatkan cas statement.
  • Part name mesti same dengan VISA untuk memudahkan urusan kendian hari. part name tu buat je macam ni : 1st name: Ali Surname: Bin Abu
2.VISA UK Tier 4 

Sekarang ni dah tak susah macam dulu nak wat visa dan tak ketat mane dah..bace ni untuk paham lanjut kenapa tak ketat dah.

mula-mula baca ni dulu untuk tak pening kendian hari: 


UKBA | Applying for a visa using Visa4UK

a) Korang perlu buat TB test a.k.a tuberculosis test ni kat klinik panel VISA sahaja. Sila bawa bersama original & photocopy passport, gambar visa, alamat unidi UK. Buat di semenanjung...klinik yang available:

1. LifeCare Bangsar @ Bangsar south
    price: RM210

2. Glenaegles, Jln Ampang
   price; berubah-ubah jugak dalamrm170- rm205
   parking mahal oiii!

3.Penang Adventist Hospital
   Price: RM200- RM215
    
b)Photo Guidance. Sila bace ye ank-ank..kang salah ke ape naya je: 



c) Isi borang Appendix 8 . Klik untuk download Appendix 8. Cara nak isi senang je sebenarnya. Tak susah mana.
Bagi mara sponsored sila pilih tier 4 general sponsored ye. Kalau tersalah ke ape ke before submit tu suh pegawai vfs tu check na~~

part name tu buat je macam ni : 1st name: Ali Surname: Bin Abu, pastikan same dengan CAS!

Part 5 ( ikut sebijik macam dalam CAS)


5.1 - (x) pada box
5.3 - studying
5.4 - box of 'you have done so if this applies to u'
5.5 - kalau before dapat offer either cond/uncond, ur school ada minta macam portfolio or assignment, then u cross YES.
5.6 - for those yang guna GCE, box of 'your sponsor is High Education Institution, and has made its own assesment. yang guna IELTS, sy xtau.so just refer to your CAS.
5.14-bagi yg kena ATAS,saya tak pasti sbb saya xyah ATAS tu

Part 6:

6.1 - your course fee. if you gt automatic scholarship, u still need to put the original course fee, not deducted one.
6.2 - No
6.4 - cross the box
6.5 - No
6.6 - Outside
6.8 - 7,200
6.12 - No
6.14 - Yes (MAJLIS AMANAH RAKYAT MALAYSIA)
6.15 - box yang 'evidence not required....'
6.16 - Course fees, Maintenance fees (7,200)
6.17 - sum for both course n maintenance fees
6.18 - yes
6.20 - Evidence not required under guidance.

Part 7:
Yang CAS (30 points)- tulis dokumen yang CAS nak u tunjuk. eg: Bachelor of science certificate. write down exactly what CAS wants u to submit.
Yang 10 points- Financial Affidavit/Statement from Majlis Amarah Rakyat Malaysia.

Alright sudah siap! Untuk info penuh cara isi borang sila rujuk page UKBA

d) Isi online form kat website VFS. Klik here. Ikut je arahan dalam tu. Prepare passport dan credit card/ debit card yg ada logo visa/mastercard...kalau nak bayar time tu jugak. Saya bayar lepas book appoinment guna credit card sebab senang leh tunggu statement dihantar kat rumah untuk tujuan claim. Harga bayar VISA usd492 ikut rate semasa. Masa saya..it was RM1653.83
p/s: Simpan GWF number untuk book appointment

e) Book visa Appoinment. Click here for scheduling your appointment.

f) Checklist apa yang perlu dibawa masa buat VISA: 

  • Appointment letter ( VFS akan email, print it! )
  • Appendix 8
  • CAS statement
  • Valid Passport & previous passport yg korang ada
  • TB test original & Photocopy
  • VISA photo ( white background)
  • Bawak spare duit dalam RM400 sekiranya korang perlu buat priority visa service
g) Berapa lama masa saya tunggu untuk dapatkan VISA?

  • By using priority service: within 3-5 working days
  • By normal service: within 5-15 working days. saya dapat dalam tempoh 9 hari bekerja.

sumber maklumat: pengalaman diri sendiri, grop fb pascasizwazah mara 2013, Sepil pelajar baru dan website UKBA

Saturday, October 12, 2013

Stuck in Sheffield,South Yorkshire UK

Sejukkkkkkk!!!Sekarang cuaca dah start bawah 10 degree celcius... I'm on the 365 days mission in achieving people and nation aspirations. Eceeewaaahhh :p Ini bukan tiket percutian semata-mata. Ada tangungjawab yang perlu dilaksanakan untuk tempoh setahun ini. Majoring in MSc. Sustainable Architecture Studies, postgraduate taught course in University of Sheffield.Ala-ala engineering jugaklaaa ><

first lecture in UoS! about building simulation
Being a postgraduate students are exactly different from what you can imagine. It isn't the same as you're undergradsand yessss- the critical thinking are very crucial! I might need some writing advisory from the uni desk to check on my grammar .Nasib jugak ade classmate orang melayu sorang..kalo tak nganga jugaklahhh hahahaha ... STOP about that...kita cite pasal life 3 minggu kat sini naaa~~

chips & cheese

 Haa ni makanan kat kedai Crown Pizza.. jgn risau kami pi sume kedai yg halal ja. Kat sheffield ni berlambak sebenarnya makanan yang halal. So, anak-anak yg nk datang sini tok sah risaulaaa..petik jari je cari kedai halal. Portion makanan kat sini sangat besar! Sile share 2-3 orang baru leh habis ( bagi kaun hawa). Harga saya makan pizza ni campur chips tu dalam 9GBP.

Antara kedai halal sekitar city yakni dekat2 west street : Popeyes, Crown Pizza, Jannat, Efes, Istanbul... and ade jgak kedai runcit tapi tak ingat dah nama.

Pastu dessert, coklat, air or makanan-makanan lain boleh je makan tapi kene pandai bace ingredients...paling penting takde ba alif ba ya dengan alcohol. So kalau ade E something2 tu kene check hati2....oo ye jgn pandai2 pulak makan daging ayam seberangan....
kite tak tau sembelih camne..kene tanye ok?

Selalu hang out dgn mereka bertiga ni

Weston Park

winter garden

Surau at Student Union UoS
 Student facilities die memang sangat tip top! Student Union ni macam student center...semua benda ada kat sini..surau, cafe, kedai buku,photostat, binding, box office..box office jual tiket wayang, tiket melawat sane sini..kalo nasib baik ade tiket tengok match Manchester!
Royal Mail 
 Ahaa nak cite pasal Royal Mail. Ni macam pejabat pos. Tapi kene wat sendiri, timbang sendiri, bayar guna debit card sume self-service. Takde nak manje-manje macam kat Malaysia. huhu.... And one more thing! Barang-barang kat Malaysia lebih berkualiti macam payung, bekas makanan plastik, selipar . So, kalau ampa nak mai sini better bawak benda tersebut ke mari jika tak nak menyesal di kemudian hari T^T... seriously, Malaysia punya barang-barang lagi bagus! So, bersyukurlah rakayat Malaysia..tak yah terhegeh2 nak beli barang buatan sini hahahaha *tapi tak tau la if I came across sumenye barang yg 'murah'je bagi org sinikan? tapi murah2 pon paling koman kedai 99pence..takpun poundland

 Last Thursday, we were having a small birthday party untuk my housemate sekali ngan makan-makan ruah Mar dan Sya di Collegiate Crescent..syg housemate! hee berjaya jugak wat suprise untuk dia uhukkkuhukk :D Mar berjaya wat laksa! Owsommmm rasanyaaa.. saya pulak wat sikit nasi beriani berlaukkan ayam masak merah...jadilaa... pastu orang lain bawak air sparkling, jagung, buah-buahan, card dan lilin hehe oo yaaa some snacks jugak! Best makan ramai2 camni..aihhh sedihnyaaa raya kat sini
T_T..dahlaa time raye ade kelas pulak tu uwaaaaaaa.... saya ade terpikir nak buat jual la nasi beriani ka nasi lemak ka pengat pisang etc....tapi macam ermm mampukah saya? hohoho Btw, menjadi jugak wat pengat pisang..dapatlahhh beli kat kedai yasmin pisang tanduk yg besar sebiji je. Susah nak cari pisang camtu..harga dalam 89p sebiji..

Seghonok jumpe Nandos halal

 Masa kat Malaysia, tak teringin langsung nak makan Nandos..tetibe kat sini mimpi pi makan sebabbbb kedai ni halal! Yeahhhhhh..dekat2 kedai ni jugak boleh jumpe subway halal and KFC halal.... subway halal ade 2 kat Sheffield ni satu kat sini(Valley Centertainment) satu lagi kat area London Road,sheffield..... Seyeslyyy rase dah berisi sket duk sini pasaipa? ari-ari dok makan ayam,daging, dessert!! Oh yaaa..dessert kat sini memang tempting sgt! Arghhh tadi baru je makan Crème brûlée aritu pulak makan cheese cake, lemon curd, brownies, tiramisu...adoiyaiiiiiii .....sedap sangatttt..tak sanggup nak share gambo sbb nanti bertambah lapar...duk sini disebabkan cuaca...asik rase lapar jeeee


Itu Tram
 Tram ni ala-ala ktm gitu..cume die atas jalanraya. macam bus+train =tram sebab tram ni  boleh stop-stop macam kete,bus gituuu..whole day journey 4GBP
Kalo kat Mesia jangan harap nk peli M&S pasai mahallllll
Arini terbeli something kat Mark&Spencer since kat kedai Primark ade bendanya tapi kualiti tak sebest macam yang ini haha..kat sini barangnya terasa murah jee..tapi jangan convert ke mata wang Malaysia..sebab kalo tak..pikir berjuta-juta kali nak beli, nak makan...gulp.....


Pastu...i'olls dah start pakai shampoo Gliss by Schwarzkopf gituuu haha...memang elok produk ni...nanti nak balik mesia nak bawak bali banyak2..stok :p hehehehe baru 2GBP
source: ebay

Monday, September 23, 2013

Officially BSc Housing,Building and Planning (Architecture)(Hons) holder!

saya convo awal dari hari kejadian ahahaha
22nd September 2013- My graduation day! Tapi harap maklum saya tiada di tempat kejadian..mekaseh T_T I'm far away from Malaysia while posting this entry. Saya dengan ini ingin mengucapkan penghargaan kepada semua orang yang tersayang.

Buat Ibu Ayah, terima kasih kerana sudi membiaya pengajian sampai kaklong masuk universiti dan mengenggam segulung ijazah sarjana muda. Jasa dan titik peluh kalian tidak dapat dibalas sampai hujung nyawa. Terima kasih sebab bersusah payah demi menyara kami adik-beradik. Walau tiada harta yang banyak, kalian masih mampu untuk memberikan kami kehidupan yang selesa, pelajaran, makanan dan sebagainya  berbanding orang lain. Ayah selalu usaha mencari duit belikan apa yang kami perlukan untuk belajar...terima kasih ayah! Tanpa pengorbanan ibu dan ayah tidaklah saya berjaya hari ini!

Kepada pakcik makcik saya yang banyak membantu, jasa kalian akan tersemat dalam ingatan. tidak lupe juga kawan-kawan yang mejadi tulang belakang memberi sokongan! Buat yang tersayang, terima kasih jugak sebab banyak tolong dan mendorong untuk kita sama-sama sampai ke tahap hari ini.


Goodluck to all of you!Will always remember our sweet memories :)

btw, saya sudah pun selamat sampai di Brunswick Street, Sheffield! Malam tadi boleh pulak fire alarm dengan burglar alarm berbunyi! saya dgn housemate sangatlah panic! Nasib baik ade jiran tinggal atas..kurang sikit panic haha lols

Monday, September 16, 2013

Bahagian 2: Cara-cara nak sambung belajar kat overseas (tajaan MARA)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
ececeehh..as promised! I'll write about mara sponsorship/convertible loan. Macam mana nak apply? senang tak dapat? antara soalan-soalan yg saya kerap dapat.

Part 1: Uni requirement
Part 2: MARA Sponsorship
Part 3: VISA and CAS
Part 4: Packing up things!

1) CHECK BILA NAK APPLY
Sila alert iklan mara kat website MARA dalam bulan mac ye anak-anak! ahaa..dah boldkan dah tu...

2) START APPLY..PHYSICALLY AND MENTALLY PREPARE GUYS!
Next, korang applylah...tapi nak advice..sile prepare duit dalam 6k-10k untuk awal-awal sebelum boleh claim and dapat advance allowance!TAPI selalu lebih 6k..prepare 10k nak selamat... pinjamlah mak ayah/ abang akak/ suami isteri/ pakcik makcik etc. sebab dpt agreement MARA agak lambat apatah lagi duit advance..unless kalau tahun korang apply tu less hassle and MARA's bpp department dah improve ke kan hee :D so, kene sanggup TAKE A RISK!

Duit 10k tu untuk:

  • TB test certificate ( RM210 @ life care,Bangsar)
  • VISA ( USD429, mase exchange currrency...saya kena RM1653.83 @ wisma MCA,jln Ampang ) 
  • Deposit rumah ( GBP200...standard harga deposit)
  • Sewa rumah untuk September ( GBP260..area sheffield murah sikit dari tempat lain..ade sampai GBP400 depends tempat korang!)
  • Ticket flight ( saya naek Emirates dapat 40kg luggage, student price RM2579)
  • Duit shopping necessities korang! 
  • Duit untuk tempoh seminggu awal(at least) bila ada kat sana if tak dapat duit MARA lg
3) MARA's CALLING FOR PSYCHOMETRIC TEST

Ni belum lagi confirm korang dapat tajaan MARA lagi ye... kalau tak dapt, boleh try buat rayuan untuk hadir ujian ini. Contoh-contoh ujian psychometric, boleh di'google'... c'mon guys, u're future postgraduates candidates!Be smart  *ececece...nasihat untuk diri sendiri jugak hahaha . Apa yang boleh saya rumuskan.. ujian ni ade 3 bahagian ; 1 essay 50 words, 50 English question, 50 Malay question in 1 hour! okeyhh don't freak out! memang tak sempat nak check2 balik..buat cepat2! sile bawak calculator jugak yeeee... ada sumber menyatakan we must pass this test at least 60% and above...don't asked me how! sebab saya pon tak tahu macam mane die check! haha

4) SAMA ADA MARA NAK PANGGIL FOR INTERVIEW PULAK ATAU TAK..

Masa ritu, MARA ade bagitau nak panggil siape2 yang lepas ujian untuk interview..tapi tak jadi! mungkin sebab ramai sangat kot? wallahu'alam 

5) RESULT!

Masa tahun saya apply ni...ade sampai 3 batch MARA release nama-nama yang dapat tajaan MARA. I got the 2nd batch offer which falls on my birthday, 12th June! tersangatlahhh happy ....huhu mungkin hikmah atau mungkin jugak ujian nikmat buat diri saya? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui....the best birthday present ever! Alhamdulillah...ooh ye..selalu2lah check page fb MARA Pasca untuk tau bile result keluaq

6) START PREPARING AND COMPLETING THE PHASE 1 DOCUMENTS!

lengkapkan dokumen yang MARA kehendaki. The rule is simple! just follow the guideline given dalam website tu...jika gagal menghantar pada tarikh yang ditetapkan, adalah dinasihatkan untuk buat cover letter menyatakan sebab kenapa lambat dan sanggup tanggung risiko

7) TUNGGU MARA BAGI AGREEMENT, CALLING FOR BTN

BTN wajib pergi ye anak-anak sebab kabinet memutuskan wajib pergi start tahun 2003. 5hari 4 malam..FOC..bawaklah baju ikut kesesuaian jadual.

Agreement ni kena ada effort sikit untuk mempercepatkan process MARA bagi...kalau dok diam je, memang nasib-nasiblah dorang nak pandang..lagi-lagi kalau time peak season which is bulan 9 ramai gilerrr nak fly ke UK! Kalau tak sempat dapat before fly, masaklah sebab nk ready orang yang nak uruskan agreement ni on behalf korang! Signing, stamping, COO, acc bank CIMB/BIMB..phewww oohh ye duit pon tak leh dapat selagi tak hanta agreement ni! Apa yang kami lakukan...antaranya hanta list name satu uni beserta details bila nak fly+register. Bagi CAS statement untuk kukuhkan lagi korang punye evidence nak kena poie sane before bile+ cover letter. Tapi sile gunekan method tersebut bile tinggal due minggu lagi nak pergi ye....which means dah TERDESAK SANGAT! hahaha

8)HAVE A SAFE JOURNEY!

p/s: Sile pastikan every documents..korang ade simpanan at least 1 copy untuk apa2 hal :)

Monday, August 12, 2013

Bahagian 1: Cara-cara nak sambung belajar kat overseas (Uni requirement)

Assalamualaikum and good day everyone! :)
Ramai yang bertanya macam mana nak sambung study kat luar eh? mara bagi sponsor macam mana?
So, here we go....

Part 1: Uni requirement
Part 2: MARA Sponsorship
Part 3: VISA and CAS
Part 4: Packing up things!

Part 1: Cara-cara nak sambung postgraduate studies kat overseas ( Master, Phd )

1. Search university of your choice, kenal pasti requirement uni especially tang English requirement.
Uni pilih yang top 100 bedasarkan website Time Higher or ARWU ye anak2....
2. Apply for it!Gune agen lagi senang..MABECS,IDP,NAZZA..
3. Find sponsors
4. Fulfilled the requirement
5.Ready to go!

Kalau amek coursework macam saya....selalu uni yg apply tu nak:

1- Personal Statement

 kire cite la sikit pasal personal, academic background dengan interests kenapa nak belajar dalam bidang yg apply tu. Kasi specific sikit barulah orang tu yakin sikit kan?

2- CV/ Resume 


part ni pulak saya wat cam gambar bawah tu..simple je, point form tapi penuh dengan info. Yelah, kalo wat karangan bukan dorang nak baca sangat pon kan?hehe tapi kalo korang leh wat lagi cantik lagi bagus! Tips: try to compact them in 1 page, max 2 pages. Pastu letak info yang berkait je dah la ye..tak payah la letak yang merapu2 yang tak de kene mengene ngan kos yang dipohon.





3- Reference Letter

Since I just completed my Bachelor, which means saya final student masa apply Uni of Sheffield. Saya prepare 2 reference letter from my lecturer..tapi untuk selamat cari lebih sikit..dalam 3 ref letter pon cukup la kan..kalo untuk yang dah kerja 1 ref letter tu mintak bos korang wat..ni contohnya la: 








4- Transcript & Degree Certificate- in English

Akak2, abang2 yang dah keje dah grad xde masalah dengan hal ni..just need to scan/post the docs to respective uni..

Since mase tengah final sem, saya dah dapat Conditional Offer before exam final lagi. Jadi tunggu sampai final result keluar baru boleh tukar Conditional offer ni jadi Unconditional offer. Unconditional ni tersangatlah penting ye kawan-kawan, akak-akak, abang-abang and adik-adik sekalian.

Agak masalah jugak masa ni..memang tersangat stress! Ade rase nak give up tapi semangat, azam kena kental hehe..yelaa orang lain semua dah dapat uncond siap nak hanta all documents kat MARA..tapi kite masih tak boleh hanta tskk T_T

Nasihat untuk final year yang degil gak macam saya nak apply:
-Asked your school to provide a confirmation letter akan bergraduasi lepas je dapat tau korang memang konpem2 akan grad!
-Deal with your Examination/Academic department on this matter.
-Bersedia untuk tanggung sebarang risiko

5- English Proficiency Evidence

Ni bergantung dengan Uni yang korang apply...ade uni yang strict ade yang tak....
Korang kena ade salah satu benda ni:
1-IELTS/PTE/TOEFL which valids 2 years from the start date..xde experience part yang ni sebaba I use 2nd method..tapi IELTS ni buat yang nak buat..make sure korang wat awal untuk memudahkan urusan di kemudian hari....
2-GCEO/GSCE, minimum grade C takde expired date..sape2 amek SPM 1119 dulu sile semak kat bahagian tepi slip tu mesti ade..tapi kalo boleh gune yang sjil punye yee selamat sikit..contoh macam ni


6-Portfolio

Ni khas untuk student Art/Archi/Id and seumpamanya..prepare dengan portfolio A4 size ye. Samada dalam bentuk hardcopy/Softcopy..dorang memang nak review punye laa..Compilekan sampai mane yang korang ade..at least 15 pages..asal cukup untuk diupload...sbb upload pon xleh byk2 sgt...


p/s: credit to page group fb Pasca Siswazah MARA. Part 2 & 3 to be countinue...

Wednesday, July 31, 2013

Biskut Ferrero


Sempena dah nak raya ni..saya bebesar hati nak share resepi ni..sedap biskut ni :D

Bahan-bahan:
250gm mentega
150gm gula kastor ( kalau boleh paling halus)
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
30gm serbuk roti kuning
100gm serbuk badam
100gm tepung jagung | ayak
300gm tepung red rose( self rising flour) | ayak
250gm badam cincang | panggang
300gm coklat masakan

Cara-cara:
1.campur mentega, gula kastor & kuning telur. Pukul hingga kembang & gula hancur..kire sebati.
2.Campur tepung jagung, tepung red rose, serbuk badam dan serbuk roti. Kemudian masukkan dalam adunan tadi.
3. Gaul hingga sebati. Adunan ni tak terlalu lembik, kental2 sikit.
4.Uli bulat-bulat kecil. Jangan besar sgt sebab die menaik nnt
5. Golekkan dalam putih telur & salut badam cincang
6.Bakar dalam oven pada suhu 180'c selama 20-30 minit..tengok die macam dah kuning2 tu boleh keluarkan..jgn lame sgt sbb nnt hangus.
7.Bila biskut dah sejuk,cairkan coklat secara double boiler*. Boleh la celup biskut dalam coklat & masuk dalam mankuk kertas...
taraaa....siap! 

*nota kaki: double boiler tu contohnya gini: coklat dalam mangkuk/periuk A..rendam dlm air atas periuk B, masak atas dapur dalam api yang sederhana.. 

Friday, June 21, 2013

Undergraduate studies finally end!

Alhamdulillah praise to Allah..berjaya jugak lengkapkan pengajian 3 tahun dalam bidang Architecture part..

Final Board 1
Projek last ni, group saya kena buat pasal culture performance centre+bazaar. So atas tu hasilnya...
I'll missed the time I spend together with my studiomates,roomates, buddies NAP members and USM :D
how time flew so fast..


From the first year up to the third year, all of these beautiful memory will never fade away...thanks guys for cheering my undergrad's life. Don't forget me:)

Lepas ni, insyaAllah I'll be doing my postgraduate studies for a year at University of Sheffield. Pray for me peeps;) I'll share my experience on how to study master abroad+how to get your sponsorship...insyaAllah...

link

Related Posts with Thumbnails