going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Showing posts with label agamaku. Show all posts
Showing posts with label agamaku. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Tazkirah: Membaca Bismillah/Isti'azah sewaktu bacaan Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Lama rasanya tak menyentuh serba sedikit tentang agama.
Jadi,ini adalah ilham dari-nya yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menegur dan memperingatkan diri saya tentang bacaan basmallah dan isti'azah' ketika kita membaca Al-Quran yang mungkin kita terlepas pandang atau kurang bertanya.Marilah kita sama-sama betulkan.InsyaAllah....

Menurut laman sesawang USIM,[FATWA DIISUKAN OLEH JABATAN AGAMA KEDAH] hukum membaca Bismillah pada  awal surah Bara’ah adalah haram dan pada pertengahan  dan pada pertengahan surah itu hukumnya makruh  dan membaca bismillah pada pertengahan surah yang lain daripada surah yang lain daripada bara'ah adalah sunat samada, di dalam solat atau tidak.  

surah bara'ah ialah seperti surah At-taubah. Surah At-Taubah jelas tidak dimulai dengan "Basmallah"  Di samping pada permulaannya "Basmallah" ada disebutkan satu kali di pertengahan surah An-Naml:30; dengan demikian "Basmallah" itu didapati di dalam Alquran 114 kali

isti’azah (a’uzubillah)

Ulama’ telah bersepakat bahawa membaca isti‘azah adalah dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan al-Quran sama ada pada awal surah atau dipertengahannya.

Dalam surah an-nahl ayat 98 Allah telah berfirman yang bermaksud:

Surah an-Nahl ayat 98:
"Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah       kamu meminta perlindungan kepada Allah dari   syaitan yang direjam"


(An-Nahl ayat 98)

Para ulama bersepakat bahawa membaca isti’azah (a’uzubillah) adalah sunnah Nabi S.A.W. Ini berdasarkan beberapa hadith, antaranya: 


i. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a:
Terjemahan: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W selalu menyebut a’uzubillahi minasy syaitanir rajim sebelum membaca (al-Quran)”.
(Hadith riwayat Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).




Cara membaca isti’azah:
1. Isti’azah dibaca secara jahar (jelas) dalam keadaan-keadaan berikut:
i. Apabila membaca Al-Quran secara jelas dan ada orang yang mendengarnya.
ii. Pada permulaan pelajaran.

2. Isti’azah dibaca secara sirr (perlahan) pada keadaan-keadaan berikut:
i. Di dalam solat.
ii. Ketika bertadarus dan bukan menjadi orang yang mula-mula membaca.
iii. Ketika membaca seorang diri samada bacaan itu jahar mahupun sirr.





sumber: Ustaz Rasyid bin Idris , blog iniUSIM



p/s: beri perhatian untuk membaca bismillah pada permulaan surah kecuali pada surah taubah. Sunat membaca isti'azah (auzubillah) seperti yang disarankan.

Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan buruk itu datang daripada Allah jua tetapi melalui kekhilafan saya.Mohon diperbetulkan jika terdapat kesalahan yang mungkin saya kurang arif. Wallahu'alam.




Monday, December 17, 2012

Al-kisah 21/12/12

Sumber dari kenyataan inchik Nasa


Haaa..nampak tak kenyataan Nasa tu? Yang pasal planet akan aligned tu..inchik Nasa kata tiap2 tahun mmg jadi pon masa bulan December. Sume ni prediction orang Mayan je...sape pulak orang Mayan ni? sila klik sini untuk tahu sape mereka ni. Aritu depa kata Mac 2003 tapi sebab tak jadi apa2 dia forward kepada 2012. kebetulan pulak 21/12 tu bakal terjadinya winter solstice . baca kat bawah ni


Jadi kawan2, apa-apa pun kiamat suma tu rahsia Allah. Rujuk dan pegang firman Allah.
Bismillahirahmanirahim,

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (surah al a'raf 187)

Namun walau apa pun jadikan ia sebagai peringatan untuk kita bersama-sama meningkatkan amalan kita. Selagi 'green light' dari-Nya untuk menerima taubat kita :D
Teringat kata-kata arwah Encik Wan, ' Sediakan Payung Sebelum Hujan' , 'apa persediaan kita?'
that's important isn't it?


p/s: Apa-apa yang baik datang dari ilham-Nya kepada ku, dan yang khilaf itu datang dari kekurangan diri yang hina ini :)

Monday, November 19, 2012

Isu Boikot Vs Tak nak Boikot: Jgn gaduh-gaduh:)

Isu yang hangat masa kini semestinya Isu Gaza, boikot Mek Di dan seangkatan dengannya..
Usaha yang murni patut kita beri sokongan ikhlas kepada mereka yang nak sumbang walau sebesar zarah sekalipun janganlah kita memperkecilkan mereka.

Dalam memberi pendapat, tiada yang betul mahupun salah..kalau dalam exam ibarat kita jawab soalan kbkk( kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis). Namun, senario tidak sihat yang saya amati adalah apabila isu, niat murni yang sepatutnya suatu niat yang baik itu bertukar menjadi punca perbalahan sesama insan. Adoii...itu yang tak bestkan kawan2? 

Firman Allah S.W.T “Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Betul bukan semua orang itu sempurna!
Ya, saya juga akui saya seorang insan-Nya yang lemah, yang masih cetek ilmu dan dahagakan ilmu . Saya juga bukan seorang ustazah apatah lagi alim ulama' . Namun, dengan sedikit ilmu ini saya cuba untuk memperbaiki diri saya. 

Senario boikot MekDi saya sokong niat murni itu atas rasional perikemanusiaan dan head MekDi kat US nuh yang claim mereka salur duit kat zionis untuk perang. Jadi atas dasar perikemanusiaan itu maka saya sokong tindakan ini.Dalam masa yang sama terbit juga rasa kesian dekat pekerja MekDi. Yelaa punca pendapatan. Tapi saya yakin bukan niat boikot itu untk tutup periuk nasi tapi terkenangkan nasib saudara islam yang lain.Nak halang orang tak boikot pon tak boleh. itu hak mereka. Duit mereka. Jadi jalan terbaik, usaha untuk mendapatkan kerja lain ye dak?

Saya akui memang payah nak tinggalkan habit makan MekDi ni, tapi mungkin perlahan2 insha Allah boleh jika diizinkan Allah. Perlahan-lahan tu mungkin sebulan sekali pastu 5 bulan sekali, setahun sekali and at last no more forever kan?

MEKDI TU KEHENDAK BUKAN KEINGINAN. DAN SAYA SEDAR BAHAWA MEKDI ITU MENGANDUNGI BAHAN YANG MAMPU BAGI KESAN KESIHATAN ATAS DIRI SAYA. Namun, saya masih jugak makan. So funny of me! haha *laughing at my self

Kepada mereka-mereka yang rasa tak sokong or sokong dengan tindakan boikot memboikot, anda tak perlu provoke sebab :

1. Duit anda. Suka hati nak beli ke tak nak. hak pengguna.

2. Anda suka makan MekDi? tak haram pon, makan ajelah tak payah banyak songeh

3. Tak payah gaduh-gaduh isu nak boikot ke tak nak boikot sebab apa pekdah yang anda dapat? dapat MekDi free lagi ke? or apa? 

Bila gaduh mula nak masuk isu agama yang lain sekali sampai akar umbi kalau boleh. haha so funny!

4. Bukan anda sahaja dapat dosa kering gaduh2 ni orang lain pon dapat tempias ( e.g: dosa kering) walaupun dasarnya si fulan itu posting sesuatu atas niat murni beliau 

p/s: cuba untuk ke arah kebaikan tak salahkan? :) *peace*

Saturday, September 3, 2011

Manisnya Kahwin Muda



Ahaa..entri berkenaan kahwin muda u'olls! Semalam saya telah menghadiri forum Manisnya Kahwin muda dan panelnya ialah saudara Hilal Asyraf dan Ustaz Ahmad Dusuki. Menarik input-input yang diberi para panel.
 Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit input yang saya perolehi.




 Dalam drama/movie semuanya indah dan hanya berakhir dengan happy ending. Tapi di alam realiti tidak semudah itu! Saat terlafaznya ijab dan qabul, pelbagai tanggungjawab harus dipikul. Saat lafaz itu, umpama si ayah menyatakan kepada menantunya 'aku lepaskan anak aku ini sebagai amanah untuk kau bimbing dia ke syurga Allah. Nahas jika kau lalai! '

Buat bakal zauj;
-Ilmu agama perlu ditingkatkan
-Persiapan dari segi tanggungjawab, strategi alam rumah tangga, material perlu dilengkapkan.
-Bersedia untuk menjadi imam dan ketua keluarga

Buat bakal zaujjah;
-Ilmu agama juga perlu ditingkatkan
-Pelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,mengemas rumah etc.

Orang yang kahwin muda hanya kerana ingin mengelak maksiat semata, fikirannya masih tidak integriti lagi~Hillal Asyraf

Pada pandangan saya, maksud ayat itu perkahwinan bukan semata-mata untuk melampiaskan nafsu semata tetapi dilengkapi dengan pelbagai rencah kehidupan yang lain.Perkahwinan harus bermatlamatkan ke syurga Allah.

3 sifat wanita yang harus dikahwini: mudah urusan perkahwinannya, mas kahwin yang murah dan inginkan zuriat yang ramai

Ustaz Dusuki juga ada menyatakan lelaki yang wajar dijadikan calon suami ialah lelaki yang tidak munafik iaitu lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat isya' dan subuh berjemaah.

Perkongsian yang menarik dimana saudara Hilal Ayraf menyediakan kertas kerja kahwin bagaimana perancangan kewangan, majlis kahwin dan sebagainya bagi meyakinkan keluarga.Sesuatu yang mungkin kita boleh contohi.

Jadi, jom kita mempersiapkan diri :) semoga menjadi suami dan isteri yang soleh/solehah suatu hari nanti.

p/s: lame lagi ye saya akan kahwin :p 


Monday, August 8, 2011

Terlalu banyak Isu Hangat

Sejak akhir-akhir ni, acapkali kita dihidangkan dengan pelbagai berita panas.....
Apa nak jadi ni? Bulan-bulan puase pulak tu kan?
-Isu Majlis Berbuka anjuran sebuah NGO kat gereja laaa
-Isu Sitt Al-wuzara laaaa

Haishhhhh macam mana laa ni....makin hari makin banyak hal...apakah orang-orang yg murtad ni tak tahu hukuman murtad adalah sah di BUNUH? Absolutely undang-undang hari ini membunuh= gantung mandatori kannnn...So selamatlah golongan ni sebab dilindungi undang-undang manusia TAPIIII INGATT hukuman Allah tiada siapa boleh lari.

Pelik jugak sebab Freethinker,Atheist ni diperhatikan lebih ke arah Sciencetology tapii tak sedarkah kamu bahawa dalam AL-QURAN sudah jelas pelbagai isi kandungannya termasuk sains cuma kamu perlu mencari dan mendalaminya. Yang kamu sibuk2 hina agama orang tu wat pa? Dapat faedah ka? Jika kamu persoalkan kewujudan Allah ibarat kamu mempersoalkan oxygen yang ada disekeliling kita, kejadian malam dan siang...tanpa oxygen kamu mati, tanpa siang dan malam manusia turut mati. Apakah kamu boleh melihat oxygen? tentu sekali tidak, kamu hanya dapat merasai kenikmatannya. Begitu juga Allah s.w.t, kamu tidak akan mampu melihat-NYA tetapi kamu dapat rasai kehadirannya jika kamu betul2 mendekatkan diri kepada-Nya.

Dan yang nak menasihati tu tak salah tapi tak perlu nak menggunakan kata-kata kesat bagai..orang yg low minded je gune perkataan carut2 ni...This is just my opinion no offence...

p/s:haishhh Malaysia..bila nak aman ni? =='

Saturday, August 6, 2011

Tazkirah untuk diri: Adab-adab menegur dalam Islam

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita berubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.


Namun persoalan yang timbul ialah
adakah seseorang pendakwah itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan
cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”Fudhail Bin I’yadh,Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah


Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para pendakwah ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.

Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur.
Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu?Tentu sekali 0.1% peluangnya.Sedangkan Allah telah memperingatkan kita semua dalam surah An-Nissa ayat 59...walla'hualam...

p/s:
BUDAYAKAN MENEGUR SECARA LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA


sumber: disini dan sini

Friday, February 4, 2011

Jauhi Clorets!

 sumber: koleksi email yg sy terime..


 Produk Gula-Gula: Clorets

Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.


Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.


Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.

Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.


Mulai hari,
sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.

Ini adalah bukti yang benar:



IMG_2365IMG_2367IMG_2369IMG_2370IMG_2371IMG_2373IMG_2374


aku ni jenis suke belek belek barang, bile ade barang kat tangan aku, aku suke sangat belek belek..henpon ke ipod ke, botol air ke, paket makanan ringan ke...memang aku suke belek, aku suke tengok info yang ade dalam benda yang aku belek tu

nak jadi cerita, semalam mase tengah lepak lepak ngan member aku, aku pn membelek lah paket gula angin clorets infinity yang boleh dibeli di 7 eleven atau kedai kedai runcit atau pasaraya


cara nak buka kotak besi gula gula angin ni unik sikit, kite kene tarik sikit je penutup dia, dan boleh keluar kan biji biji gula angin tu...jadi sebab gula gulanya dah habis, aku pn main main la dengan bekas besi dia...


tup tup masa tengah main, aku bukak abis penutup besi tu...haa...bila dah tebukak tu, tergamam aku tengok corak yang ada kat depan aku tu...lambang salib yang amat amat clear boleh ditengok..aku tak tau la kalau pandangan orang lain macam mana..tapi kat pandangan aku, macam lambang salib zaman feudal

sapa sapa kat luaq sana , silalah berhati hati, jangan dibeli gula angin clorets ni...kalau aku gatai tangan belek penutup kotak besi gula angin clorets ni, memang tak tau ada benda bahaya tersembunyi di sebalik penutup tu


cid:image001.jpg@01CBA0FC.CC047CC0

cid:image002.jpg@01CBA0FC.CC047CC0

cid:image003.jpg@01CBA0FC.CC047CC0

cid:image004.jpg@01CBA0FC.CC047CC0

cid:image005.jpg@01CBA0FC.CC047CC0

Saturday, October 9, 2010

Ha..tinggikan lagi sanggul awk tu baru cantik!

Dah lame sebenarnye cik vio nak komen pasal perempuan, tudung dan ..... sanggul bonggol unta
Korang rase cantik sgt ke berbonggol macam tu?
cik vio rase hmm..hodoh hehe 
maaf bagi sesiapa yang terase..tiada niat untuk melukakan hati saudari 
malahan niat cik vio baik..nak bawak cik-cik sekalian ke arah yg lebih baik...
nak taw nape?


aha? sudah bace?bagus-bagus...jadi oleh itu tok seh la mung nok pake hok unta nih...
elok-elok kita dilahirkan as human being nk gak jadi unta..
dok pahe ler cik vio..haiz...
Bila pakai tudung ni...jangan diketatkan ke leher kamu sebab nmpk bentuk...
tak payah nk pakai smpai berbonggol..huduh mung taw?!
mana hangpa nk pilih...syurga or neraka??
Allah or nafsu?
Think wisely...
Minta maaf andai salah teguranku ini tapi harapan cik vio satu je...
moga terbuka hati kalian untuk melakukan anjakan paradigma...
sekian.




Saturday, October 2, 2010

Meeting tergempar IBLIS a.k.a Lucifer!!!

Iblis mengadakan konvensyen bagi seluruh dunia syaitan.Dalam sambutannya ia berkata,'Kita tidak boleh mencegah Muslim pergi ke Masjid. ''Kita tidak boleh mencegah mereka membaca Al-Quran  dan mengetahui kebenaran. ''Kita tidak boleh bahkan menjaga mereka dari membentuk hubungan intim dengan Allah dan Rasul-Nya Muhammad. '"Setelah mereka mendapatkan Sambungan dengan Allah, kuasa kita atas mereka akan rosak.

"Jadi, biarkan mereka pergi ke masjid mereka, biarkan mereka mempunyai hidangan  makan malam
mereka , TAPI curi masa mereka, sehingga mereka tidak  punya waktu untuk membina hubungan dengan Allah dan Rasul-Nya Muhammad.

'Ini adalah apa yang saya ingin anda lakukan,' kata iblis: 
Alihkan perhatian mereka dari memperkuatkan pegangan  mereka kepada Allah dan tahan mereka sepanjang hari! '

'Bagaimana kita dapat melakukan ini? 'Setan itu berteriak.

'Buat mereka sibuk untuk hal-hal duniawi dan cipta  banyak perkara yang boleh merajai fikiran mereka, "jawabnya.
 'Perlengahkan masa mereka untuk menghabiskan, membelanjakan, membelanjakan, dan meminjam, meminjam, meminjam. 
 ''Usahakan si isteri untuk pergi bekerja selama berjam-jam dan suaminya bekerja 6-7 hari seminggu, 10-12 jam sehari, sehingga mereka mampu mengosongkan gaya hidup. ''Jauhkan mereka dari menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. '"Seperti menjadi perpecahan keluarga ,kemudian suasana rumah mereka akan hambar kerana tekanan kerja!  ''Rangsang minda mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar suara kecil

Hiasan semata.-mata

'"Usahakan mereka memutar kaset atau mendengarkan radio sewaktu mereka memandu. '
"Pastikan TV, VCR, CD dan PC mereka akan terus-menerus berada di rumah dan setiap kedai serta restoran di dunia untuk memainkan muzik secara terus-menerus.
''Ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan memutuskan hubungan dengan Allah dan pesuruh-Nya, Muhammad.  

''Isi ruang tamu mereka dengan majalah dan surat khabar. 
 ''Hasut fikiran mereka dengan berita 24 jam sehari. ''Kalihkan pandangan mereka ke arah  billboard  pada saat memandu. ''Banjirkan peti mel mereka dengan mel sampah, katalog mail order, undian,dan setiap jenis newsletter dan produk-produk yang menawarkan promosi percuma,jasa dan harapan palsu. 

 ''Banyakkan model-model kurus dan cantik di majalah dan TV jadi para suami akan percaya bahawa keindahan lahiriah adalah apa yang penting, dan mereka 'akan menjadi tidak puas dengan isteri mereka. ''Buatkan si isteri terlalu penat untuk bercinta bersama suami mereka di malam hari. ''Beri mereka sakit kepala juga!
''Jika mereka tidak memberikan suami mereka cinta yang mereka perlukan, mereka akan mula mencari di tempat lain. '
 "Itu akan memecah-belahkan institusi keluarga mereka dengan cepat! 

 ''Beri mereka buku cerita untuk mengalihkan perhatian mereka dari mengajar anak-anak mereka pengertian  solat yang  sebenarnya . ''Buat mereka terlalu sibuk untuk pergi keluar menghayati alam dan merenungkan kejadian Allah' .'Hantar mereka ke taman-taman hiburan, sukan, drama, konsert, dan filem sebagai gantinya. ''Jauhkan mereka dan biarkan mereka sibuk, sibuk, sibuk! ''Dan ketika mereka bertemu untuk perjumpaan kerohanian, libatkan mereka dalam gosip dan bicara kecil sehingga mereka meninggalkan majlis dengan hati nurani yang bermasalah. 'Penuhkan kehidupan  mereka dengan pelbagai tujuan yang baik sehingga mereka tidak punya waktu untuk mencari kuasa dari Allah. ''Kemudian mereka akan bekerja dengan kekuatan sendiri, mengorbankan kesihatan diri dan keluarga demi penyebab kebaikan itu. '

"Ini akan berjaya! '"Ini akan berjaya! '
Itu cukup rencana!Iblis dan syaitan kemudian pergi. Nampaknya  perlaksanaan tugas mereka menyebabkan umat Islam di mana-mana untuk menjadi lebih sibuk dan lebih bergegas, pergi sana-sini.Mempunyai sedikit masa untuk  Allah atau keluarga mereka.Kerana tidak ada masa untuk memberitahu orang lain tentang kekuasaan Allah dan Rasul-Nya, Muhammad untuk mengubah hidup.
Saya kira pertanyaannya adalah, adakah syaitan telah berjaya dalam skimnya?Andalah yang akan menghakiminya !!!!!

p/s:
B-Being
U-Under
S-Satan
Y-Yoke

Friday, October 1, 2010

jadikan iktibar: Abg yg hanya membiarkan adiknya dirogol!

 Post ini di ambil dari fb....

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq.
+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

Monday, September 6, 2010

Dosa 24 jam di facebook



Beberapa hari lepas aku bukak la Facebook macam bese...

and apa yang aku jumpe...

video link yang dipostkan oleh salah sowang sahabat Fb aku..

"DOSA 24 JAM DI FACEBOOK"!!!

and barulah aku sedar,...

and bandingkan dengan ape yang cik abang aku bisingkan

Yup...baru aku paham sepenuhnye nape dia beria-ia and serius

tak bagi aku letak langsung gambar aku kat fb..


.thanx awak! Alhamdulillah dikurniakan insan macam awak ^^

So, ini adalah sedikit sebanyak kupasan aku wat para pembaca blog sekalian..

  • Jangan letak gambar FB korang sebarangan
  • Delete sume gambar yang ade kat FB tu * termasuk yang ade kat account fb member2 anda
  • And if possible bukan kat fb je..malah kat laman sesawang-sesawang yang lain.. *hurm runsing gak ni nak cari cane...adeh
  • Last but not least, kite *terutama para muslimah nak bergambar kena pastikan aurat kita betul2 tertutup macam dalam gambar ni * aku pown tak bape ikut cani tapi sedang cube ^^
  • Kalau payah..senang cite delete je sume gambar tu and jangan letak langsung! 
  • Haha..payah? tak nak tekan butang "DELETE"?Masih mahu tanggung dose? bayangkan anda letak gambar anda and kawan anda...betul ke aurat dorang tertutup dengan sempurna? Secara tak langsung anda TURUT TANGGUNG DOSE MEREKA! YA ALLAH!! 
  • So, jom kita pilih...HEAVEN or HELL!
P/S: Kepada sesiapa yang simpan foto saya please sangat2 delete! saya merayu kepada anda..i'll do whatever it takes as long my sins could be reduced!

Tuesday, August 31, 2010

Perkaitan Peace sign dan satanism

Say No to them!!Allahuakbar!
Simbol ini sebenarnya isyarat kepada bermula simbol berkat syaitan sepanjang ritual a.k.a upacara.
Winson Churchill menyatakan simbol ini hanyalah lambang kepada kejayaan tetapi INGAT! Beliau adalah salah seorang 'elit' Manson dan berkemungkinan beliau tahu maksud simbol jahat ini tetapi cuba untuk memberi sebuah facelift!

Perasan bukan simbol 'peace' menyerupai huruf V? Dimana dalam Iluminati dikenali sebagai 'Law of Fives'.
TUNGGU DULU!

Dalam bahasa Hebrew, V (van) adalah bermaksud 'Nail' . 'The Nail' adalah salah satu tajuk rahsia Satanisme dan syaitan sedang menunjukkan salah satu simbol kegemarannya! Nauzubilllah!!

Kita lihat hari ini berapa ramai orang yang menggunakan simbol ini? Ya! Boleh dikatakan bahawa 'alaa sign biasa je ni...aku wat peace...kedamaian la...bukan salah pown?' Memang akan ada golongan yang berkata sedemikian namun, kita perlu memeriksa asal-usulnya terlebih dahulu walaupun bukan 'Sign of the hand'!

" Ianya turut dikenali sebagai tanda perdamaian 'sepanjang tahun 1960-an dan ke hari ini, simbol ini adalah Rune Teutonic kematian. Advokat damai tahun 1950-an Gerald Holtom mungkin telah ditugaskan oleh simpatisan komunis Bertrand Russell untuk merancang simbol untuk menyatukan demonstrasi keamanan kiri di 1958. Sudah jelas bahawa baik Holtom atau Russell dianggap sebagai Teutonic (Neronic) salib sebagai simbol yang sesuai untuk tujuan mereka.Tanda ini juga disebut sebagai 'Neronic Cross' . Malahan, simbol perdamaian (juga disebut salib "rosak," "kaki gagak," "kaki penyihir," "Nero Cross," "tanda 'Yahudi yang rosak," "dan simbol" dari anti'-Kristus''' ) sebenarnya sebuah salib dengan lengan yang patah ini juga menandakan sikap "putus asa," dan kematian "manusia ..''

        Anton LaVey iaitu seorang pengasas Gereja Setan, menggunakan lambang perdamaian sebagai latar bagi mezbah( altar) itu. Salah satu mantan penyihir membuat ulasan berikut mengenai simbol keamanan:

      
"It is an ancient and powerful symbol of Antichrist. During the dark ages it was used in Druid Witchcraft and by Satanists of all sorts during the initiation of a new member to their order. They would draw the magic circle and give the initiate a cross. The initiate would then lift the cross and turn it upside down. He would then renounce Christianity in all three dimensions (sic) of time (past, present and future) and break the horizontal pieces downward forming the design of the 'Raven's Foot.' This ugly symbol is nothing short of blasphemy against the Holy Ghost. For one to wear or display this symbol is to announce either knowingly or unknowingly that you have rejected Christ. Remember, symbolism is a picture language, and a picture is worth a thousand words.''

    Isyarat tangan lain adalah tanda keamanan Vulcan. Hal ini seharusnya bermaksud "Live Long dan Prosper," dan boleh dilihat dalam Star Trek.Vulcan adalah seorang dewa matahari ia telah dikaitkan dengan api, petir, dan cahaya.Festival untuk menghormati dia disebut Vulcania korban manusia yang ditawarkan. Menurut pola makan, dia dikenakan hubungan keluarga untuk syaitan Kristian." Hal ini menarik untuk mengetahui bahawa beliau berkahwin dengan Venus, nama lain untuk Lucifer atau Iblis. Yang lebih menarik adalah Vulcan dipuja dalam Masonry  dengan nama Tubal Cain. Dalam Buku Kuis Masonik soalan ditanyakan: "Siapa Tubal Cain? "adalah Jawapannya:" Ia adalah Vulcan dari orang-orang yang kafir.''Dalam Masonry, Tubal Kain adalah nama kata laluan untuk Master Mason (atau ketiga) darjah. 

Occultist dan Mason, ManlyPalmer Hall menyatakan bahawa :



"Ketika Mason mempelajari bahawa kunci untuk askar di blok adalah aplikasi yang sesuai dari dinamo kekuatan hidup, ia telah belajar menguasai keahliannya. Mendidih Tenaga Lucifer berada di tangannya dan sebelum ia mungkin langkah maju dan ke atas, ia harus membuktikan kemampuannya untuk benar melaksanakan tenaga. Ia harus mengikuti jejak nenek moyang nya, Tubal-Kain, yang dengan kuasa besar perang dewa menempa pedangnya menjadi mata bajak seorang.''

Juga dijelaskan oleh seorang mantan manson Bill Schoebelen :

" Untuk Mason yang ingin menyembunyikan keahlian mereka dari non-Mason, tetapi masih beriklan untuk saudara-saudara mereka Lodge, ada pin khusus (atau taktik dasi) mereka boleh memakainya. Ini kelihatan seperti terbalik kelab golf dengan dua bola berhampiran banyak orang atas .... menganggap orang itu adalah penggemar golf, tetapi sebenarnya pun Masonik visual."

 Inilah sedikit sebanyak hasil kajian yang saya dapati hari ini..sedikit sebanyak dapat saya kongsikan bersama saudara-saudari sekalian.Apa yang kurang datang dari diri saya sendiri dan apa yang baik hidayah daripada Allah swt. Jika ada seberang kesilapan harap diperbetulkan.SEKIAN..

Korang suke pakai Cincin??

Teringat dulu aku bace artikel ni mase kat plkn dulu
Artikel ni kate.....Tak kire untuk kaum adam mahupun hawa...

1) Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir.....jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda!
 

2)Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

3)Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala. 


4)Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 


5) Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
  •   jari tengah
  •   jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 


Friday, August 27, 2010

Part I: The Society of Secret:

Mungkin sudah ramai yg mula
mengetahui serba sedikit mengenai pertubuhan2 ini seperti
Freemanson,Iluminati,skull of bones dan lain2 lg...
Alhamdulillah...anda telah diberikan petunjuk moga-moga
kita tidak tersimpang jauh dari landasan-Nya....
Dan sebenarnya bukan mereka yang beragama Islam sahaja
patut mengetahui mengenai asal usul mereka, malahan
mereka yang beragama kristian, buddha,hindu dan lain2...

Sedar atau tidak, dunia kita dikawal oleh mereka..
siapa ketua mereka??Jawapannya:
Freemanson: TIADA SIAPA TAHU!! 
Iluminati: 'Pindar' yang kebiasaannya seorang lelaki dari kalangan the family of Thirteen
Skull and bones: click it.
Walahu'alam..
Tetapi ini adalah informasi yang saya dapati
daripada hasil carian saya disana sini...
Jika ingin diceritakan memang terlalu panjang..maka saya akan cuba untuk
mengupas serba sedikit mengenai Iluminati dan freemanson sahaja dahulu
kerana kedua-dua pertubuhan ini dilihat yang paling berpengaruh di dunia setakat ini..
Antara sedar atau tidak...
Malaysia juga mempunyai hubung kait dengan Freemanson ini...
Persembahan AJL...
Lodge2 di sekitar Malaysia (Kelantan,Terengganu and kedah  masih dilindungi oleh kerajaan mereka
Allahuakbar!!)
Lambang-lambang dan cara persembahan artis-artis
yang dipuja-puja..
Saya bukan nak kata saya narrow minded..lantak pi lah orang nak kata
saya tak open minded! Ade aku kesah? 
Actually, the person who doesn't care 
about their religion is the one who are narrowed minded!
Right? Why I say so? Because u're so fool and blinded with their satanic
sign and behaviour...
Seperti baru-baru ini kecoh video cik GaGa menghina agama
kristian dengan simbolik-simboliknya..

Even Ulama' tidak bersuara 
tapi kemanakah hilangnya pedoman kita?
Inilah petanda akhir zaman
apabila artis diagung-agungkan dan
para Ulama' direndah-rendahkan...
Wahai umat manusia!
Diriku!
Kamu!
Tidak ku khabarkan diriku ini terlalu baik
namun, diri ini sering kali ingin selalu ingin diingati..
ditegur secara baik jika ada kesalahan..
Saya akan cuba kupas mengenai freemanson terlebih dahulu pada isu akan datang...

P/S; Jika ada salah atau cadangan isi boleh dikemukan. Komen anda sangat dialu-alukan..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak~Pembuangan bayi menjadi-jadi

Assalamualaikum wbt semua^^.
Harap korang sume happy2 dalam bulan yang mulia ini.
Hari ni Ramadhan yang kedua.
So far camne pose?Larat tak?huhu

Tapi ape yang saya nak katakan
dalam entri kali ini adalah tentang apa yang berlaku
pada akhir-akhir ini..

Saya tahu saya bukan seorang alim
tapi suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan sekalian
bulan ramadhan merupakan bulan dimana
segala amal kebaikan yang kita lakukan
mendapat pahala yang berlipat ganda.
Ini merupakan pendapat peribadi saya
sebagai generasi kini.
Beberapa hari sebelum umat islam
menyambut ketibaan Ramadhan,
kita dapat saksikan banyak KES PEMBUANGAN BAYI!
Apa nak jadi dengan masyarakat hari ini?
Kemanakah perginya didikan dan ingatan ibubapa?
Guru?
Mengapa ajakan syaitan menjadi tunjang utama
ikutan para remaja hari ini?
Apakah tindakan kita sebagai keluarga?jiran?pemimpin?
Adakah kita sekadar mengumpat sana sini tanpa tindakan
untuk memulihkan keadaan?
Berdiam diri membiarkan perkara ini merebak terus seperti virus?
Sedih rasanya apabila bayi yang baru dilahirkan itu
diperlakukan ibarat SAMPAH!

Hilangnya rasional kedua ibubapa mereka!
Ya Allah ampuni dosa-dosa hamba-Mu yang hanya mampu
melihat begitu sahaja!
Ya Allah kau berikan hidayah kepada kedua ibubapa
bayi tersebut!
Ada yang dibuang dipembentungan air, ada yang diletakkan dalam kotak!
Andaikan diri anda sebagai bayi tersebut...
apa perasaan anda apabila diberitahu anda
anak pungut?
Sedih tidak terkata rasanya.
Ya Allah kau peliharakanlah
keturunanku..
kau hindarilah diri ini dan keturunanku
daripada maksiat zina ...

Wahai sahabat sekalian,
marilah bersama-sama kita beringat-ingat
ambil ini semua sebagai pengajaran.
Ingat pesanan ibubapa kita.
Tak kemana rasanya kalau kita buat
perkara yang tidak senonoh seperti ini.
Dalam jangka yang panjang,
ibu muda itu pasti akan terkenang dosanya
yang lampau.
Ibarat igauan yang takkan pernah pudar
dari ingatan....


 

Wednesday, June 30, 2010

Sunday, June 6, 2010

Pendapat anda: Dialog perbualan antara seorang pemuda dan Bishop

click here..must READ!!!

Assalamualaikum w.b.t..lama sudah rasanya tidak mengupdatekan blog saya...
Apa khabar anda semua? Hope that u guys in pink. Artikel kali ini mengenai sesuatu yang mulanya saya tidak mengendahkan langsung kehadiran link di atas ni..tapi last2 sy click juga dan agak terkezut...and i didn't know how true is this story but we have to beware!





Okay here's the thing...saya akan cuba wat ringkasan bagi anda yg malas nk baca panjang berjela-jela. But be informed that it might be not very complete. For ur full satisfication, please read =) Warning: mengikut bacaan saya, bishop ni agak terlalu berkeyakinan tinggi tetapi perlu diingatkan bahawa tiada satu kuasa pun yang boleh mengatasi Allah s.w.t..Ingatlah janji Allah dalam Al-Quran. 'Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha Pemurah,kepada-Nya aku mohon perlindungan dari syaitan yg direjam..'


E-mail berkenaan mengenai perbualan di antara seorang pemuda yg jirannya seorang Bishop. Anda tahu apa itu Bishop? Macam jawatan dalam institusi Gereja laa..

* Kononnya jubah graduasi itu seperti memakai jupah priest.
"Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka"
"semakin ramai org islam memakai jubah kami, semakin banyaklah terlucutnya jubah Nabi Muhammad."

* Pengkajian dan huraian mereka(organisasi dorang) terhadap Al-Quran selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan para Shabat baginda serta panglima islam,Salahudin.

  * Lambang bendera vatican = kunci dunia umat islam

 * Perbezaan sunnah Rasulullah s.a.w dan sains 'rekaan' masyarakat barat, seperti: 
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

*Kehadiran Al-Masih Imam Mahadi


* Perlantikan Paus Peter ii = Al-Masih D***L


* Benedictine Order (amende lak nih??? cam sijil2,ijazah laa)

"saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpd org2 islam…..
    kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”

*Unsur2 ini boleh dibaca tapi yang baik diambil isinya dan yang sebaliknya usah di ambil



link

Related Posts with Thumbnails