going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Saturday, September 3, 2011

Manisnya Kahwin Muda



Ahaa..entri berkenaan kahwin muda u'olls! Semalam saya telah menghadiri forum Manisnya Kahwin muda dan panelnya ialah saudara Hilal Asyraf dan Ustaz Ahmad Dusuki. Menarik input-input yang diberi para panel.
 Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit input yang saya perolehi.




 Dalam drama/movie semuanya indah dan hanya berakhir dengan happy ending. Tapi di alam realiti tidak semudah itu! Saat terlafaznya ijab dan qabul, pelbagai tanggungjawab harus dipikul. Saat lafaz itu, umpama si ayah menyatakan kepada menantunya 'aku lepaskan anak aku ini sebagai amanah untuk kau bimbing dia ke syurga Allah. Nahas jika kau lalai! '

Buat bakal zauj;
-Ilmu agama perlu ditingkatkan
-Persiapan dari segi tanggungjawab, strategi alam rumah tangga, material perlu dilengkapkan.
-Bersedia untuk menjadi imam dan ketua keluarga

Buat bakal zaujjah;
-Ilmu agama juga perlu ditingkatkan
-Pelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,mengemas rumah etc.

Orang yang kahwin muda hanya kerana ingin mengelak maksiat semata, fikirannya masih tidak integriti lagi~Hillal Asyraf

Pada pandangan saya, maksud ayat itu perkahwinan bukan semata-mata untuk melampiaskan nafsu semata tetapi dilengkapi dengan pelbagai rencah kehidupan yang lain.Perkahwinan harus bermatlamatkan ke syurga Allah.

3 sifat wanita yang harus dikahwini: mudah urusan perkahwinannya, mas kahwin yang murah dan inginkan zuriat yang ramai

Ustaz Dusuki juga ada menyatakan lelaki yang wajar dijadikan calon suami ialah lelaki yang tidak munafik iaitu lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat isya' dan subuh berjemaah.

Perkongsian yang menarik dimana saudara Hilal Ayraf menyediakan kertas kerja kahwin bagaimana perancangan kewangan, majlis kahwin dan sebagainya bagi meyakinkan keluarga.Sesuatu yang mungkin kita boleh contohi.

Jadi, jom kita mempersiapkan diri :) semoga menjadi suami dan isteri yang soleh/solehah suatu hari nanti.

p/s: lame lagi ye saya akan kahwin :p 


No comments:

Post a Comment

link

Related Posts with Thumbnails