Assalamualaikum w.b.t..
harap-harap entri kali ni berguna wat junior-juniorku..
and this tips perhaps still useful for myself and all of us..
pastinya ramai yang bertanya kepada diri sendiri
'kemana hala tuju aku selepas ini?'
kerana inilah yang sering diri ini fikirkan suatu ketika dahulu.
sesetengahnya mengimpikan first class universiti seperti
USM, UM, dan UKM sebagai universiti pilihan...
tetapi adakah pilihan ini tepat dan selaras dengan result yang kita dapat?
Tips-tips memilih universiti serta kos anda:
1) Contoh paling mudah: si A dapat 4.0,apply kos Dentistry dan minta UM manakala si B 3.6 dan apply kos sme di UMS. Maka kedua2nya berjaya ditawarkan ke U yg dipilih. Mengapa? Ini adalah kerana pointer tersebut diterima oleh u berkenaan.
konklusinya, pastikan kos yang anda pilih bersesuaian ngan syarat khas u tersebut.
2) Do some research on what do u like. Kalau sape yang amek kos hayat di matrik perkara pertama terlintas...'aku nak mohon medic,dentistry,forensic and dietician' ..ya kos ini antara yang popular. Bagi yang ambil kos fizikal pula sudah pastinya engineering perkara utama! Tetapi mengapa tidak kita selidik kos-kos seperti Pure scinces or Applied science ? Saya mendapati kos-kos ini juga menarik untuk diambil..sebagai inisiatif galakan USM menawarkan wang insiatif RM1300 kepada pelajar yang mengambil Pure Chem, Pure Bio and Pure Physics.
3) Saya tak kata salah jika anda memohon medic dengan pointer 3.5 sekali pun..Tak salah kalau mencuba bukan? Akan tetapi perlu diingatkan pilihlah UNIMAS or UMS insyaAllah ade rezeki. Tetapi kalau anda mohon USM,UM and UKM pastikan at least 3.9 above..but kalo UiTM tak salah ada kawan 3.8 pown da bleh dapat.Itu rezeki masing-masing.
4) Bagi yang meminati engineering, tahukah anda selain UTHM,UTeM juga adalah u yang sesuai untuk kejuruteraan..setahu saya kalau anda apply USM and UM anda mesti mendapatkan pointer minima 3.5 above walaupun syarat minima menyatakan pointer 3.0.
5)Tak tau nak pilih kos ape? haa...ni masalah besar..cuba berbincang dengan ibubapa,saudara-mara dan kaunselor anda. Selidik juga adakah pasaran pekerjaan masih ada untuk 5 tahun akan datang?
6) Bagi yang nak ambil jurusan seni bina atau dalam bhasa inggerisnya Architecture. Tak semestinya anda perlu hebat melukis(tapi ade la rupa bila lukiskan) All u have to prepare is what will the interviewer asked u. Antaranya: siapa arkitek terkenal di Malaysia/ Luar negara? Apa yang anda tahu tentang seni bina?
get prepared alright?dont get nervous.
7) IMPORTANT: USM tidak termasuk dalam pilihan UPU anda mesti memohon melalui laman web usm https://pohon.usm.my/ and also check which university u have chosen for the upu click here for the code.



