going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Friday, May 24, 2013

Tazkirah: Membaca Bismillah/Isti'azah sewaktu bacaan Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Lama rasanya tak menyentuh serba sedikit tentang agama.
Jadi,ini adalah ilham dari-nya yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menegur dan memperingatkan diri saya tentang bacaan basmallah dan isti'azah' ketika kita membaca Al-Quran yang mungkin kita terlepas pandang atau kurang bertanya.Marilah kita sama-sama betulkan.InsyaAllah....

Menurut laman sesawang USIM,[FATWA DIISUKAN OLEH JABATAN AGAMA KEDAH] hukum membaca Bismillah pada  awal surah Bara’ah adalah haram dan pada pertengahan  dan pada pertengahan surah itu hukumnya makruh  dan membaca bismillah pada pertengahan surah yang lain daripada surah yang lain daripada bara'ah adalah sunat samada, di dalam solat atau tidak.  

surah bara'ah ialah seperti surah At-taubah. Surah At-Taubah jelas tidak dimulai dengan "Basmallah"  Di samping pada permulaannya "Basmallah" ada disebutkan satu kali di pertengahan surah An-Naml:30; dengan demikian "Basmallah" itu didapati di dalam Alquran 114 kali

isti’azah (a’uzubillah)

Ulama’ telah bersepakat bahawa membaca isti‘azah adalah dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan al-Quran sama ada pada awal surah atau dipertengahannya.

Dalam surah an-nahl ayat 98 Allah telah berfirman yang bermaksud:

Surah an-Nahl ayat 98:
"Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah       kamu meminta perlindungan kepada Allah dari   syaitan yang direjam"


(An-Nahl ayat 98)

Para ulama bersepakat bahawa membaca isti’azah (a’uzubillah) adalah sunnah Nabi S.A.W. Ini berdasarkan beberapa hadith, antaranya: 


i. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a:
Terjemahan: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W selalu menyebut a’uzubillahi minasy syaitanir rajim sebelum membaca (al-Quran)”.
(Hadith riwayat Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).




Cara membaca isti’azah:
1. Isti’azah dibaca secara jahar (jelas) dalam keadaan-keadaan berikut:
i. Apabila membaca Al-Quran secara jelas dan ada orang yang mendengarnya.
ii. Pada permulaan pelajaran.

2. Isti’azah dibaca secara sirr (perlahan) pada keadaan-keadaan berikut:
i. Di dalam solat.
ii. Ketika bertadarus dan bukan menjadi orang yang mula-mula membaca.
iii. Ketika membaca seorang diri samada bacaan itu jahar mahupun sirr.





sumber: Ustaz Rasyid bin Idris , blog iniUSIM



p/s: beri perhatian untuk membaca bismillah pada permulaan surah kecuali pada surah taubah. Sunat membaca isti'azah (auzubillah) seperti yang disarankan.

Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan buruk itu datang daripada Allah jua tetapi melalui kekhilafan saya.Mohon diperbetulkan jika terdapat kesalahan yang mungkin saya kurang arif. Wallahu'alam.




No comments:

Post a Comment

link

Related Posts with Thumbnails