Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum salam ukhuwahlillah..
Actually aku ngah cari idea untuk tajuk ni..
insyaAllah dengan izin-Nya aku join debat..
Kenapa aku tunjuk gambar di atas?
Okay, di sebelah kiri mlambangkan kehuru-haraan akan terjadi sekiranya kita sesama warganegara Malaysia berpecah belah seperti firman Allah yang bermaksud :
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari pada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.”(Q.S.Ali ‘Imran:103)
Golongan ini akan mendapat azab yang besar seperti yang terjadi kepada umat-umat terdahulu. Kita sepatutnya menjadikannya sebagai satu iktibar bukan ikutan mahupun tauladan.
Saudara-saudari sekalian,
kita sebagai generasi muda seharusnya mempertahankan negara kita bersama-sama bukannya berpecah-belah di antara kaum.
Jika kita masih berpegang pada tampuk lama, natijahnya kita bakal ketinggalan. Bukan itu sahaja yang bisa terjadi, malahan perpecahan membawa kepada kebinasaan.
Okay, gambar di sebelah kanan melambangkan kecintaan dan keamanan.
Di sini lahirnya kita, membesarnya kita di bawah lindungan dan rahmat Allah swt.
Saya ingin mangajukan pertanyaan kepada anda , apakah rukun negara pada hari ini hanyalah sebagai hafalan bukan ikutan?
Jawapan saya, Ya!
Mengapa? Jom kita lihat kembali apakah rukun-rukun negara:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Kita lihat pada rukun yang kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
anda pasti tahu mengenai isu perebutan kuasa di Perak pada tahun lepas yang turut mencabar kredibiliti Sultan dan kerabat Perak.
Adakah rukunyang kedua ini kian goyah dek kerakusan kuasa?
Lihat pula pada rukun ketiga, Keluhuran Perlembagaan.
Seperti yang kita ketahui, isu sentimen perkauman merupakan suatu isu yang sensitif dikalangan rakyat.
Sedar mahupun tidak, itulah yang dipertikaikan. Padahal, termaktub dalam perlembagaan yang mana hak istimewa bumiputera dilindungi. Namun demikian, masih terdapat suara-suara sumbang yang mahu mempertikaikan akta ini dengan alasan tidak relevan lagi!
Tepuk dada tanya minda..
SEKIAN...