going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Monday, September 19, 2011

Semester Tiga sesi 2010/2011: I'm a jr. sr. ?

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia sume :D
Macam tak percaya sekejap saja rasanya sudah melangkah tahun dua
sebagai mahasiswi USM.
Seperti baru terjaga dari mimpi lagaknya.
Apakah diri sudah bersedia menempuhi dugaan tahun ini?
Diriku masih menanti perjalanan

Miss my bunny little Giant..mest da bertambah besaqkan? :)


Aishh awat dok skema bermadah-madah ni? :p
ok secara ringkasnya.Hereby, I declared as second year student of Architecture, School
of Housing,Building and Planning,USM,Penang.

Sumatera Pavilion

Haaa....asal aku letak gambo pavilion ni? Ni la projek pertama sem ni...
korang masuk2 fes day class ade dapat welcoming gift cam kami ke? hehe specialkan? LOL :D
Banyak benda aku nak kene explore sem ni...banyak lagi yg nak kene blaja
yelaa bukan senang nak puaskan ati bakal-bakal client nantikan? So, all the best for my new semester ^^

Wednesday, September 7, 2011

Terbiasa sudah: Self-Independence

Realiti hidup memang bukan fantasi hikayat cinderella, snow white or sleeping beauty.
Hidup tak semestinya berakhir dengan Happily Ever After, tapi kita boleh berusaha untuknya.


Kadang-kala kita perlu mencari apa yang sesuai dengan lifestyle kita agar tidak kekok
mahupun rasa diri tidak berguna.
Persahabatan: Memang sukar nak dicari teman sewaktu susah! Tapi petik jari kawan mase senang semua ada.
'Bila susah kau cari, bila senang kau buang' jenis ni memang berlambak-lambak pun.
Jenis 'konon' jaga hati member pun ade jugak, dapat gading bertuah senyap-senyap member pergi tinggalkan kita pun ade jugak

Cuma, hargailah orang yang menghargai kita sewaktu susah dan senang kita. Kita perlu bukak mata hati tu, jangan guna mata kasar semata.Memang sampai bila tak nampak kalau guna mata kasar!

The strongest friendship will always long lasting

p/s: i love you guys :)

Saturday, September 3, 2011

Manisnya Kahwin Muda



Ahaa..entri berkenaan kahwin muda u'olls! Semalam saya telah menghadiri forum Manisnya Kahwin muda dan panelnya ialah saudara Hilal Asyraf dan Ustaz Ahmad Dusuki. Menarik input-input yang diberi para panel.
 Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit input yang saya perolehi.




 Dalam drama/movie semuanya indah dan hanya berakhir dengan happy ending. Tapi di alam realiti tidak semudah itu! Saat terlafaznya ijab dan qabul, pelbagai tanggungjawab harus dipikul. Saat lafaz itu, umpama si ayah menyatakan kepada menantunya 'aku lepaskan anak aku ini sebagai amanah untuk kau bimbing dia ke syurga Allah. Nahas jika kau lalai! '

Buat bakal zauj;
-Ilmu agama perlu ditingkatkan
-Persiapan dari segi tanggungjawab, strategi alam rumah tangga, material perlu dilengkapkan.
-Bersedia untuk menjadi imam dan ketua keluarga

Buat bakal zaujjah;
-Ilmu agama juga perlu ditingkatkan
-Pelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,mengemas rumah etc.

Orang yang kahwin muda hanya kerana ingin mengelak maksiat semata, fikirannya masih tidak integriti lagi~Hillal Asyraf

Pada pandangan saya, maksud ayat itu perkahwinan bukan semata-mata untuk melampiaskan nafsu semata tetapi dilengkapi dengan pelbagai rencah kehidupan yang lain.Perkahwinan harus bermatlamatkan ke syurga Allah.

3 sifat wanita yang harus dikahwini: mudah urusan perkahwinannya, mas kahwin yang murah dan inginkan zuriat yang ramai

Ustaz Dusuki juga ada menyatakan lelaki yang wajar dijadikan calon suami ialah lelaki yang tidak munafik iaitu lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat isya' dan subuh berjemaah.

Perkongsian yang menarik dimana saudara Hilal Ayraf menyediakan kertas kerja kahwin bagaimana perancangan kewangan, majlis kahwin dan sebagainya bagi meyakinkan keluarga.Sesuatu yang mungkin kita boleh contohi.

Jadi, jom kita mempersiapkan diri :) semoga menjadi suami dan isteri yang soleh/solehah suatu hari nanti.

p/s: lame lagi ye saya akan kahwin :p 


Merdeka Raya = 1 week left

after 15 years

Selamat hari raya everyone! maaf zahir dan batin...rase2nye xlambat lagi kot ak nak wish?huhu
Btw, arini 4/9/2011 and buat yang bakal mendaftar ke universiti tu gud luck kayh!

Banyak perubahan da berlaku sepanjang 15 tahun gambar atas ni was taken....antaranye:

  • Zaman IT dengan laptop,internet,BB bagai
  • Perdana Menteri pown da bertukar
  • Dari wujud ktm sampai la ade ERL skang..
  • Dari ak skola tadika sampai la da masuk U
  • Dari tinggi jadi rendah xD
  • Dari tinggal kat Pandan Indah sampai ak pindah kat hulu langat
So, memang banyak perubahan da berlaku la kan..happy merdeka sume!! bebaskan mentaliti kita :) Jangan jadi katak bawah tuperware ok? haha yelaa katak dalam tuperware dia tengok je xwat pape pownkan?
So, till then peeps :) 

P/S: can't wait to be in USM  XD second year da rupenye macam xpercaye...

link

Related Posts with Thumbnails