going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Thursday, May 20, 2010

Belia kita..

Kadangkala hati ini terdetik
mengapa negara kita seperti berantakan?
tuduh menuduh
rasuah merasuah
bunuh membunuh
dan seteruk-teruk 'jenayah'
fitnah-memfitnah..
Diluar sana,
ramai anak muda seperti diri ini
yang hancur 
ROSAK! di telan arus zaman teknologi..
leka..
duit yang diberi sebagai pinjaman 
digunakan untuk membeli make up
membaiki motor
enjoy...
tapi sedarkah kita semua
duit itu datang dari hasil cukai rakyat?
hasil titik peluh ibubapa kita?
ada yang sanggup menggadai maruah diri
semata-mata untuk kepentingan diri
ada harganya cuma sekeping kad topup berharga rm10
apakah ini berbaloi dengan maruah dirimu?
ada yang membunuh darah daging sendiri
anak itu ibarat patung yang boleh dibuang begitu sahaja
dianggap SAMPAH!
diri ini..sangat kecewa
marah!
sedih!
duhai rakanku
jangan lagi kita leka..
anak melayu ramai yang sudah rosak!
arak, judi, zina, black metal
semua ibarat 'makanan' harian mereka kini..
lihatlah betapa ramai anak melayu 
yang tidak mahu belajar secara serius
malah ingin menjadi jutawan segera..
bagaimana?
melalui rancangan realiti..
tidakkah kita sedar bahawa
ianya agenda yang membuang masa sahaja?
tiada manfaat
hanya sia-sia..
bukankah lebih baik kita menggali ilmu?
sesunguhnya bangsa yang mulia
bangsa yang memartabatkan ilmu
diri ini hanyalah insan biasa
yang kadangkala juga alpha
yang turut sama lalai
bezanya..
diri ini masih ada kesedaran diri..
diri ini masih mampu menangkis godaan-godaan
yang datang dan pergi..
nasihati diri ini
agar tidak terjerumus ke kancah kegelapan..

diri ini,
hambaMu yang lemah

No comments:

Post a Comment

link

Related Posts with Thumbnails