going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Tuesday, May 28, 2013

Healthy Breakfast: Sup sayur berkrim

ahaa selamat pagi semua! Selalu kite dok dengar mushroom soup je kan? Hari ni nak ajaq 1 resipi vege soup yg sangat marvelous! Ni salah satu rahsia diet saya yg sihat kat rumah ^^ boleh try kalau nak kurus macam saya haha *perasan kejap* Kalau siapa tak suka sayur tu memang try yang ni..konfem anda tak rase pon sayur! serious:D kalau budak-budak tak minat makan sayur kita boleh cuba bagi mereka sup ni. tarik minat mereka:)

Kejap je siap!Dalam 10minit je ni...

source gamba: encik google
Bahan-bahan:
1 mayang Bawang holland(warna kuning tu)
sayur bayam/ape2 je sayur warna hijau
1 batang brokoli
1 ubi kentang(potato)
1 cawan krim/susu full krim
sesudu kecil lada hitam (optional)
1/2 ayam(boleh tambah kalau suka)
1 cawan air
garam

Cara-cara:
1.Potong sayur-mayur tu kecik-kecik sikit supaya cepat masak.Bawang hiris.
2.Panaskan minyak. Tumis bawang holland sampai naik bau dan dah layur sikit-sikit(jangan sampaihangus pulak)
3.Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastu masuk brokoli,kentang,ayam.Reneh sampai nampak lembut sikit.
4.Kemudian masuk sayur tadidan reneh lagi dalam 2 minit. Tutup api.Tunggu sejuksikit.
5.Masuk semua bahan tadi dalampengisar dan kisar. Tak payah halus sangat pun takpa.
6.Masuk balik dalam periuk dengan api yang perlahan. Kemudian masuk susu/krim dan lada hitam serta garam. Secukup rasa(ikut rasa tekak anda masing-masing)
7.siap. jangan lupa kemas dapur! Hidangkan dengan roti :D


Friday, May 24, 2013

Tazkirah: Membaca Bismillah/Isti'azah sewaktu bacaan Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Lama rasanya tak menyentuh serba sedikit tentang agama.
Jadi,ini adalah ilham dari-nya yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menegur dan memperingatkan diri saya tentang bacaan basmallah dan isti'azah' ketika kita membaca Al-Quran yang mungkin kita terlepas pandang atau kurang bertanya.Marilah kita sama-sama betulkan.InsyaAllah....

Menurut laman sesawang USIM,[FATWA DIISUKAN OLEH JABATAN AGAMA KEDAH] hukum membaca Bismillah pada  awal surah Bara’ah adalah haram dan pada pertengahan  dan pada pertengahan surah itu hukumnya makruh  dan membaca bismillah pada pertengahan surah yang lain daripada surah yang lain daripada bara'ah adalah sunat samada, di dalam solat atau tidak.  

surah bara'ah ialah seperti surah At-taubah. Surah At-Taubah jelas tidak dimulai dengan "Basmallah"  Di samping pada permulaannya "Basmallah" ada disebutkan satu kali di pertengahan surah An-Naml:30; dengan demikian "Basmallah" itu didapati di dalam Alquran 114 kali

isti’azah (a’uzubillah)

Ulama’ telah bersepakat bahawa membaca isti‘azah adalah dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan al-Quran sama ada pada awal surah atau dipertengahannya.

Dalam surah an-nahl ayat 98 Allah telah berfirman yang bermaksud:

Surah an-Nahl ayat 98:
"Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah       kamu meminta perlindungan kepada Allah dari   syaitan yang direjam"


(An-Nahl ayat 98)

Para ulama bersepakat bahawa membaca isti’azah (a’uzubillah) adalah sunnah Nabi S.A.W. Ini berdasarkan beberapa hadith, antaranya: 


i. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a:
Terjemahan: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W selalu menyebut a’uzubillahi minasy syaitanir rajim sebelum membaca (al-Quran)”.
(Hadith riwayat Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).




Cara membaca isti’azah:
1. Isti’azah dibaca secara jahar (jelas) dalam keadaan-keadaan berikut:
i. Apabila membaca Al-Quran secara jelas dan ada orang yang mendengarnya.
ii. Pada permulaan pelajaran.

2. Isti’azah dibaca secara sirr (perlahan) pada keadaan-keadaan berikut:
i. Di dalam solat.
ii. Ketika bertadarus dan bukan menjadi orang yang mula-mula membaca.
iii. Ketika membaca seorang diri samada bacaan itu jahar mahupun sirr.





sumber: Ustaz Rasyid bin Idris , blog iniUSIM



p/s: beri perhatian untuk membaca bismillah pada permulaan surah kecuali pada surah taubah. Sunat membaca isti'azah (auzubillah) seperti yang disarankan.

Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan buruk itu datang daripada Allah jua tetapi melalui kekhilafan saya.Mohon diperbetulkan jika terdapat kesalahan yang mungkin saya kurang arif. Wallahu'alam.




Wednesday, May 15, 2013

Sekeping Serendah

Bersawang dahh blog ni > < mood: final sem

It was a great vacation indeed! Last mid sem, I went to Sekeping Serendah @ Serandah,Selangor. 
Ng Seksan's touch is really something :D

event organizer: alt invent & co.
Totally worth it even we have to pay RM1000 ++ for just 2 days 1 night accommodation.
We could see the details of the building, value nature more in here. Perfect place for private activities! 
As far as I know, only Sekeping Serendah is differ from other Sekepings (Sekeping Victoria, Sekeping Kong Heng,Sekeping Tenggiri, Sekeping Seapark, Sekeping Sin Chew Kee, Sekeping Terasek) .
Here's some shoot.
view from top

kitchen
Last day

'bedroom'
heart

link

Related Posts with Thumbnails