going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Tuesday, May 4, 2010

Bahana hubungan luar nikah..



 
Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
 Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca yang dirahmati Allah sekalian hendaknya. Bagaimana saudara dan saudari hari ini? Harapan saya biarlah keadaan hari ini adalah lebih baik dari semalam...
Saudara, saudari sekalian,
ingin saya mengungkap sebuah cerita yang telah diceritakan 
oleh ibunda saya.
Menurut beliau,cerita ini ditulis disebuah majalah pada tahun lepas
diharap kisah ini mampu menjadikan tauladan buat saya dan rakan sekalian... 
Bermulanya sebuah kisah mengenai sebuah keluarga..
Alea * bukan nama sebenar* telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ali * juga bukan nama sebenar* selama dua tahun. Kehidupan mereka bahagia dan dikurniakan dua orang anak. Namun begitu, kedua orang tua Ali dan ibu kepada Alea tidak pernah berpeluang untuk bersua memandangkan bapa Ali merupakan seseorang yang sibuk. Alea merupakan anak tunggal kepada ibunya, Cik Sara *juga nama rekaan semata2* Sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung dua tahun lalu, bapa Ali telah keluar negara atass urusan kerjanya.
One day, bapa Ali melawat anak dan menantunya dan bercadang untuk bercuti dirumah mereka selama beberapa hari. Kebetulan, ibu Alea turut tinggal bersama Alea. Mendengar khabaran bahawa bapa Ali akan turun melawat mereka, ibu Alea bersyukur kerana akhirnya dapat juga dipertemukan dengan bapa mertua kepada anak kesayangannya itu. 
Bermula tragedi.. 
Dipendekkan cerita, maka bapa Ali sampai ke rumah kedua pasangan ini. Sewaktu kedatangan bapa Ali, ibu Alea sedang menunaikan solat fardhu maghrib. Usainya solat, Cik Sara melewati tangga untuk turun ke ruang tamu. Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang yang begitu familiar sekali. Dipercepatkan langkahnya dalam keadaan dada yang kian berdebar-debar. Kedua anak matanya kemudian saling bertentengan dengan bapa Ali * diam..kaku.. * Bapa Ali turut terkejut. " Sara...!"*lantas Ibu Alea pengsan*

tok!tok!tok!
ketukan meja hakim kedengaran dan menghentikan lamunan Alea. Alea terpaksa memfailkan fasakh kepada mahkamah dan serta merta diceraikan oleh suaminya dengan hati yang hancur luluh. Hak penjagaan anak tidak dapt diperolehi oleh keduannya dan terpaksa dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak. Anda tahu mengapa??
Sebenarnya, ibu Alea suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan sulit dengan bapa Ali. Ibu Alea mengandungkannya dan dibuang keluarga. Nama Alea terpaksa berbintikan Abdullah dan malahan Alea tidak ketahui bahawa dia adalah anak hasil hubungan luar nikah. Alea tidak boleh bersama dengan Ali kerana mereka adik-beradik yang punyai ayah yang sama tetapi berlainan ibu kandung.Inilah salah satu natijahnya jika kita tidak perihatin dengan diri kita,keluarga kita dan masyarakat kita..

Wahai Hawa,
jagalah maruah dirimu,
jangan dibiarkan dirimu layu di hinggap sang kumbang,
ada yang memberi perumpamaan
wanita itu ibaraat sepohon epal,
jadilah epal yang tinggi di pohon
bukan yang gugur bertaburan ditanah..
begitu mudah untuk dimiliki..
Hawa,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, 
peribadinya dan ad-dinnya...
  Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, 
kuatkan pendirianmu... 
Ingatlah wahai bangsaku,
kita ummah akhir zaman,
jagalah diri kita,
walau sukar untuk memiliki keperibadian seperti
khalifah ar-rasyidin,
namun mata kaum berlainan agama
kian memandang serong terhadap kita,
mereka tidak mengetahui kemanisan iman dalam
ad-din kita..
aku..hanyalah insan yang lemah..
yang hanya mampu meluahkan pandangan ku..
ramia rakan-rakan yang ku lihat hanyut dengan dunia fantasi mereka
wahai rakan-rakanku,
marilah kita bersama-sama mengikut kembali pegangan agama kita
fahamilah..
selamilah..
berubahlah..
Allah itu maha pengampun..
Andai diri tersalah kata,
maafkan kekhilafan diriku ini..
wallahualam..

3 comments:

link

Related Posts with Thumbnails