going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Friday, October 8, 2010

Debat: Cicakman lebih menarik berbanding Superman

Haha semalam cik vio and the gang wat sparing debat kat desasiswa dgn senior2..
Apa yang lawaknya..disebabkan tiada tajuk maka tercetusnya idea gile2 kami ni ha hee...xD

Okay, i'll try to write it out......so here's it goes..me as the 2nd vice deputy opposition a.k.a Timbalan Pihak Pembangkang..so role kami adalah membangkang usul yang dibawa xp
MySpace

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Di Pertua, rakan-rakan di pihak pembangkang, proksi kerajaan dan seterusnya delegasi dewan yang saya muliakan.

Sebelum memulakan hujahan saya pada hari ini, moleklah kita lihat semula hujahan yang dibawa oleh pihak kerajaan sebentar tadi. Analoginya cukup mudah,jika kurun ke-19 dibandingkan dengan Alaf ke-21, ianya umpama membandingkan istana kesultanan melayu dahulu dengan istana di zaman millenium ya. Mana mungkin cicakman dibandingkan dengan superman pada abad ke 19 mahu pun 20. Sepatutnya hendaklah dibandingkan dengan Superman generasi pada abad ke-21 jua. Malahan, pelakon asal superman juga sudah ramai yang meninggalkan dunia ini. Maka, saya tegaskan disini hendaklah kita membandingkan cicakman lakonan saiful apek dengan superman lakonan Tom Welling.


Hujah saya pada hari ini merujuk kepada pergerakan pantas superman berbanding cicakman yang lembab. Superman bukan sahaja berkebolehan terbang malah mampu berlari sejauh 104 km/j berbanding cicakman yang hanya tahu melekat di dinding dan memerlukan dinding atau tiang sebagai sokongan.Cicakman juga boleh dikatakan karakter yang lemah kerana tidak mampu mengangkat rumah seperti superman yang gagah lagi perkasa. Apabila berlawan dengan musuh pasti akan kecundang seawal babak dan hanya menang di akhir kisah. Sebaliknya superman, diawal minit telah pun memenangi perlawanan.

Oleh itu Yang Di Pertua, mohon usul ditolak. Sekian.


MySpaceAhahaha amacam? style tak?haha I bet no one ever debating on this title


2 comments:

link

Related Posts with Thumbnails